KEUNGGULAN ISLAM
Istilah Di Dalam Hadith

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah:

 

1.      Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.

 

2.      Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya.

Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk

menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata:

"Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad,

nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."

 

3. Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

 

4       Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya,

yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.

 

5. Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad.

 

6. Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang

lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.

 

7. Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu

kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau

menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang

lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan

hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan

ia memindahkannya ke dalam kitabnya.

 

8.      Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui

sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya.

 

9.      Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan

isnadnya.

 

10. Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan

isnadnya.

 

11. Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith.