KEUNGGULAN ISLAM
APAKAH ITU JUMHUR ULAMA?

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

1. Konsep Ijma' Fuqaha'/Ulamak

Ijma' maksudnya ialah konsensus (dipersetujui sebulat suara). Misalnya konsensus dalam Parlimen dan enakmen itu diluluskan sebulatsuara ahli Dewan rakyat.

Ijma' Ulama' bermaksud konsensus kesemua para mujtahid yang hidup pada satu angkatan. Sekurang-kurangnya ia memerlukan minima dua orang mujtahid (ulamak pakar) pada satu-satu zaman. Misalnya:
1. Ijma' ahlil Madinah (konsensus kesemua penduduk Medina)
2. Ijma' Khulafa' arrasyidin (konsensus 4 orang:  Abu Bakar, Umar , Uthman dan Ali, kesemuanya RA)
3. Ijma' sahabat (kesemua sahabat baginda yakni konsensus)

Mujtahid ialah pakar (sekarang ialah tarafnya Professor kelulusan phD) dan kepakaran, kewibawaan, keilmuan dan kesarjanaannya diperakui oleh ummah seluruhnya. Untuk satu-satu period, mungkin tidak ramai bilangannya. Mereka
ini termasuk dalam kelas mujtahid mutlak.

2. Bagaimana ijma' boleh berlaku zaman dahulu?
Ijma' berlaku di zaman silam bila soalan atau permasalahan yang sama diajukan kepada mujtahid tersebut dan jika jawapan-jawapan mereka di dapati sama, maka itulah ijma'; misalnya persoalan zaman dulu, tentang wajibkan
zakat yang tidak cukup nisab? Maka orang ramai membandingkan jawapan mujtahid di Iraq, seorang lagi di Syam, seorang lagi di Mesir, seorang lagi di Hijaz. Jika empat mujtahid ini dianggap kepala ulamak untuk zaman itu memberi jawapan yang sama, maka itulah ijma' ulama'.

3. Bagaimana ijma' masih boleh berlaku zaman kita?
Ini menjadi lebih mudah kerana sentiasa dianjurkan persidangan feqah sedunia dan dihadiri oleh mujtahid terkemuka dan dibahaskan. Atau pada masa akan datang secara video-conferencing, maka lebih mudah lagilah. Misalnya ijtima' ulamak di Jeddah pada tahun 80'an memutuskan ijma' ulamak mengharuskan derma darah. Juga ijma' ulamak ke atas haramnya dadah.

Rujukan:
1. Abd Wahab Khalaf, Usyul Fiqh
2. Prof Syaikh Ali Hasan Ahmad adDary, al Fawaid al Miham
3. Imam Jalaludin asSyuyuti, al Asybah wanNaza-ir

BAB UMUM, ISTILAH DAN MAZHAB