KEUNGGULAN ISLAM
Koleksi perbincangan hudud

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Tajuk dan persoalan?

Islam merupakan agama yg suci. Islam merupakan agama yg memelihara setiap insan di muka bumi. Bahkan Islam mengutamakan berbuat baik. Berbaik2 sesama mnusia merupakan salah satu asas di dlm Islam. Maka, adakah mungkin apa yg diperintahkan Allah itu boleh membinasakan manusia atau merosakkan manusia. Tidakkah Allah yg menciptakan manusia. Oleh yg demikian sudah pasti  setiap apa yg diperintahkan Allah itu di dlm kemampuan manusia. Allah tidak akan mensyariaatkan sesuat sedagkan Dia tahu kita tidak mampu untuk melakukannya. Allah telah berfirman di dlm al-Quran yg bermaksud

 

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri mereka kpdKu

 

 

Dgn itu, ingin saya membawakan satu topik perbincangan umum utk kita bincangkan bersama. Di harap perbincangan ini membawakan kebaikan yg lebih byk drpd keburukan. Setiap pandangan diharap di email kan kpd sedlee@hotmail.com terlebih dahulu untuk diteliti agar tidak membawa kemudaratan kpd mana2 pihak. Diharap juga reply tidaklah terlaulu panjang. Setelah dipastikan kesesuaian utk di publickan, saya akan mengforwardkan kpd semua. InsyaAllah.

 

Topik: Seperti yg kita tahu, Negara kita Malaysia telah mengisytiharkan negara kita sebagai negara Islam.  Namun begitu al-Quran dan Sunnah tidak diambil secara total di dlm menjadikan negara kita negara Islam. Bahkan perlembagan negara menjadi no 1 dan Syariat Islam no 2. Bukankah al-Quran itu kalamullah(kata2 Allah) dan kata2 Allah itu wajib kita ikuti. Sebagai contoh hudud. Hudud telah jelas dan terang di dlm al-quran. Allah telah berfirman bahawa sesiapa yg mengamalkan hukum hudud ini akan dijanjikan keamanan negaranya. Tetapi mengapakah, walaupun jelas didlm al-Quran hukum ini di tolak bulat2 bahkan ditakuti oleh segenap lapisan masyarakat? 

Jawapan dan pendapat
 

Aku rasa sebab most of the average normal malays dah rasa selesa dan puas hati ngan sistem yg ader sekarang. I mean, pada pandangan diorang, if we imply al quran dan sunnah as the basis of our country, certain things yg kita enjoy spt hiburan terpaksa di kurangkan. Kebanyakan Melayu zaman sekarang suka ambil jalan tengah and enjoy the best of both world ie Islamic and secular. Memang amat sikit dari kalangan kita yg meletak kan agama itu sebagai priority hidup. Biasa nya kita letak agama sebagai nombor 2. Ader org no3 dan sebagai nyer. and that the ugly truth about most org melayu. Kalau semua org melayu letak agama sebagai priority, aku rasa dah lama kita jadi negara islam dalam erti kata yg sebenar. But anyway thats my opinion.

 

Tarmizi

 

 

satu topic yang bagus...well...i think from my personal point of view, bukam negara kita tak nak mengamalkan hukum hudud, memang betul negara kita malaysia negara islam tetapi kita tak boleh lupa jugak kaum masyarakat yang lain selain daripada cina and india yang menetap kat Malaysia. So, from there i think you have to think about other races as well and what do they think about it, and kalau dah sebulat suara, bagus and alhamdulillah. that is my opinion. wassalam.

tahirah

 

Assalamualaikum,

Saya rasa ilmu saya tidak cukup untuk membincangkan secara detail tentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia, tetapi sekadar memberi pendapat:-

Hukum hudud itu semestinya hukum Allah yang sempurna, tetapi kalau kita kaji pembentukan negara Islam, kita dapati yang Islam itu agama syumul, dalam maksud ini perlaksanaan syariah Islam dalam sebuah negara harus dilakukan secara menyeluruh, jika tidak ia seumpama satu bentuk kezaliman. Dengan itu hukum hudud haruslah disokong oleh perlembagaan yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah, di samping juga sistem ekonomi, pendidikan dan sosial berbentuk Islam. Misalannya, seorang yang mencuri di dalam sesebuah negara yang melaksanakan hudud tidak boleh dihukum walaupun terdapat saksi yang mengikut syarat, jika dia terbukti tidak tinggal di dalam negara Islam yang mempunyai sistem saraan kebajikan seperti Baitulmal yang boleh mengelakkan ia drpd mencuri kerana kebuluran- dikatakan bahawa di dalam negara Islam tidak ada sesiapa pun yang hidup kelaparan. Oleh itu, perlaksanaan hudud di Arab Saudi contohnya, boleh dikatakan zalim dan tidak berpandukan nas-nas syariah- kerana tidak disokong oleh perlembagaan Islam, yang meletakkan syarat bahawa negara Islam haruslah diketuai oleh Khalifah yang dilantik oleh majlis syura, dan bukan raja yang dilantik secara keturunan, dan tidah melaksanak sistem sosio-ekonomi Islam. Perlaksanaan hudud juga memerlukan hakim-hakim yang berilmu dan bertauliah, dan ini memerlukan sistem pendidikan berpandukan Islam yang mantap. Baru-baru ini perlaksanaan hudud di Saudi dikritik kerana dikatakan menghukum beberapa rakyat Barat yang bekerja di situ di atas tuduhan  terlibat dalam pengeboman tanpa melalui prosedur yang betul- mereka dikatakan telah diseksa selagi mereka tidak memberi 'pengakuan' di hadapan hakim. Jika hakim tersebut bertauliah, sudah tentu 'pengakuan' mereka tidak boleh diterima, bukan? Walaubagaimanapun, saya tak pasti tentang ketepatan berita ini.

Tentang kesukaran melaksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang majmuk- pada pendapat saya hal ini tidak menjadi masalah selagi masyarakat bukan Islam diberi keterangan yang betul tentang agama Islam secara menyeluruh. Pada zaman Khilafah dulu kan ramai penduduk di negara Islam yang bukan beragama Islam, malahan sebahagian besar terdiri daripada kaum Yahudi, musuh umat Islam- mereka memilih untuk duduk di bawah naungan Islam kerana ternyata lebih adil daripada sistem pentadbiran mereka sendiri. Masalahnya sekarang, ada segelintir umat Islam di Malaysia sendiri yang berpendapat bahawa hukum hudud itu satu bentuk penindasan, dan akan membawa kemunduran. Kalau orang Islam sendiri berfikiran sebegini, ni kan pula yang bukan beragama Islam. Oleh itu saya rasa satu langkah yang wajib diambil ialah proses tarbiyah- menyebarkan pengetahuan tentang agama Islam di Malaysia, khususnya tentang kesyumulan agama kita. 

Maaf jika ada silap dan salah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk dari kekurangan saya sendiri. Allahu'alam.

Nadia

 

 

Alhamdulillah, perbincangan ini mendapat perhatian semua orang. Ini pendapat saya pula:

 

Setiap perkara mempunyai puncaknya atau hujungnya. Gunung puncaknya ialah the highest poit dia. Pembinaan rumah, kemuncak baginya ialah membina pagar. Di dlm Islam puncaknya ialah perlaksanaan Hudud.

 

Al-Quran seperti yg dikatakan seblm ini adalah Kalamullah. Maka wajib bagi kita untuk kita turuti. Haramlah bagi kita sekiranya kita melanggar larangannya. Berlainan dgn masalah fiqh. di mana ia boleh berubah mengikut zaman. Sebab itulah wujudnya fatwa2 yg ada skrang nih.

 

Maka boleh dibuat kesimpulan di sini bahawa hudud adalah wajib dilaksanakan oleh kerajaan yg mengakui negaranya Islam. Dgn erti kata lain kerajaan yg mengakui negaranya Islam wajib mengorak langkah menuju kearah mewujudkan hudud. Sekiranya tiada usaha langsung maka berdosalah mereka kerana menolak perintah Allah yg nyata jelas di dlm Al-quran. Nau'zubillah.

 

Persoalannya, wujudkah usaha ini? Kalau kita kaji sejarah, unsur-unsur hudud telah cuba diterapkan di dlm masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Kalau kita tgk crita2 sejarah p-ramlee dan lain2 kita akan perasan mesej mereka yg ingin disampaikan. Namun begitu usaha ini telah terbantut sejak zaman penjajahan lagi. Setelah kemerdekaan negara tiada sebarang perubahan berkaitan sistem pentadbiran Islam. Kalaula betul ada usaha, takkan setelah 40+ kemerdekaan tiada pun kelihatan hasilnya. Wallahua'lam. Bersambung....

 

Gayat

 

 

Assalamualaikum,

 

Setuju la sgt dgn tafsiran sahabat kita berkaitan adil di sisi Islam. Mmg di dlm Islam, adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnye. Inilah yg sering di salah tafsirkan oleh masyarakat sekarang. Mereka menganggap makna adil adalah sama dgn makna yg diberikan di dlm kamus dewan sedangkan tidak sama sekali.

 

Kalau kita belajar ilmu hadis dan juga syariah kita akan tahu betapa sukarnya nak menjatuhkan hukuman. Kita ambil contoh zina misalnya. Seperti kita ketahui Islam mengkehendaki 4 saksi yg adil. Ciri2 saksi ialah:

(1)Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan. (melalui perbicaraan atau lain2)

 

Bukannya mudah untuk memperolehi saksi sedemikian rupa. Ini menunjukkan Islam tidak suka utk menjatuhkan hukuman sesuka hati. Islam tak galak nak potong tgn org. Islam tak galak nak rejam org membabi buta. Bila diberikan hujah ini, org yg membangkang akan berkata pula, kalo begitu, ramailah penjenayah terlepas. Kata2 seprti ini mmg mudah utk didengari. Sesungguhnya, sekiranya tidak cukup syarat utk mengenakan hukum hudud, hukum tazir akan dikenakan juga keatas pesalah. Tidak bermakna pesalah akan dilepaskan begitu sahaja.

 

Islam di bina belandaskan iman dan taqwa. Seorang Islam yg sejati, merupakan muslim yg sgt takutkan Allah. Kalau kita membuka buku hadis berkaitan dgn hudud kita akan jumpa satu kisah berkaitan dgn hukum hudud ke atas penzina yg mengaku bersalah tanpa saksi. Saya tidak akan tuliskan di sini krn agak panjang tetapi sebaliknya saya akan masukkan ke website http://syededlee.tripod.com bersama dgn huraiannya sekali insya Allah. Wassalam

 

Bersambung..

 

 

Assalamualaikum,

ini merupakan topik yg slalu menjadi debat dan hangat diperkatakan. pada

pendapat saya, jawapannya sudah jelas, terang lagi nyata. sebab utama kenapa

rakyat malaysia enggan menerima syariah islam utk dilaksanakan ataupon

diterapkan ke dlm perundangan malaysia ialah, rakyat malaysia sendiri tidak

memahami secara keseluruhan apakah syariah islam. kalo nak dilihat dr satu

perspektif, ini mungkin disebabkan jahil tentang islam. usahkan org bkn islam,

kekadang tuh yg islam pon tak kenal islam yg sebenarnyer. stakat ini, jarang nak

temui org yg betul2 memahami n menghayati islam. susah nak cari org yg

laksanakan islam as a way of life. kalo org islam sendiri tak kenal islam, camna

yg bkn islam nak kenal islam. nak salahkan sistem pendidikan skool, bkn kerr

pendidikan bermula dr umah? nak salahkan umah, bkn kerr ibu bapa pon kena

dididik kat skolah dulu? so, it's a matter of which came first? the egg or the

chicken? pendidikan skolah ataupon pendidikan umah? tapi itu tak membawa kpd

solution. pada pendpt saya, the only solution is to didik yg islam dulu sampai

diorang apply islam as a way of life in their own lives. at the same time

wawarkan pengertian islam sebenarnyer kat yg bkn islam. it will take a long time

but that, i think, is the only way. once, everybody faham that jihad doesn't

mean terrorism or suicide-bombing, that hudud doesn't mean guilty until proven

innocent, that islam means harmoni n everybody can practise their own

religion... then , hopefully by then, syariah dpt dilaksanakan. how long will it

take? wallahualam. kalo nak bincang methids of doign the whole process, kena ah

bukak topik perbincangan baru ataupon bersambung kemdian.

wassalam.......

 

 

Assalamualaikum semua,

 

first of all, thanks to Gayat yg forward topic ni..mmg topic bagus...
and interesting to hear other responses....

personally aku rasa mmg le kena buat hudud ni..sbb hukum Allah yg ditetapkan..
kita kan hidup nak contohi Rasulullah saw, so kalau nabi laksana hudud kita pun kena la laksana hudud..

then in malaysia, timbul isu masyarakat majmuk...
tak jadi masalah sbb nabi masa laksanakan pun ada jew kat Madinah..
jln gak hudud...and semua org terbela..sbb hudud ni apply to org Islam shj..

bila camtu timbul pulak org kata tak fair...org Islam kalau curi kena potong tgn org Cina tak...
well fair dlm Islam bermakna meletakkan sesuatu kena pada tempatnya...i.e. lawan zalim..
contoh klasik is kalau nak fair dlm erti kata biasa...anak laki belikan songkok..nak fair anak pompuan pun belikan songkok...
kan tak kena tuh..therefore anak pompuan belikan tudung...
so camtuh le fair dlm Islam..org Islam ikut hudud, agama lain ada guideline nya...

actually point aku ni aku ambik from ceramah Ismail Kamus, ADUN aku..hehe..
tapi aku tak biase..sbb masa ceramah ni dibuat Dato' Ismail Kamus was still a penceramah bebas without any political association..so dia berceramah dgn ilmu agama yg dia acquired..
so sila la dgr ceramah2 ustaz Ismail Kamus...
kat umah aku pun ada banyak kaset..tak tau le berkaitan ke tak dgn ni..tapi maybe ada..
sila le ke rumah and meminjam..janji pulang..sbb org lain nak dgr jugak..

tu je le..
nanti aku goreng lagi bila2..bagi org lain lak..
sekian wassalam...

 

Assalamualaikum wbt,

Aku rasa masalah dalam melaksanakan hudud ni bukanlah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Dan tak adil juga kalau kita katakan pemimpin kita berdolak-dalih dalam melaksanakan hukum Allah yang dah termaktub dalam Al-Quran ni. Mungkin segelintir tu ada yang begitu, tapi aku percaya tak ramai.

Anyway, aku tuliskan kat sini secara ringkas pengetahuan tentang hudud yang aku pernah baca dari bahan bacaan dan juga perbincangan dengan ilmuan. Syariat Islam terbahagi kepada 5 cabang - Ibadat, Aqidah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat.

Hudud diletakkan di bawah Jinayat. Di bawah cabang Jinayat, ada lagi dua cabang selain Hudud iaitu Qisas dan juga Ta'zir. Hukum Hudud, macam yang kita tahu, adalah hukuman yang telah termaktub dalam Al-Quran. Itu ketentuan Allah. Tiada siapa yang boleh ubah bentuk hukuman yang ditetapkan. Hukum Ta'zir adalah hukuman yang ditetapkan mengikut budi bicara pemimpin serta hukuman untuk kesalahan yang tidak dapat dihukum mengikut hukum hudud. Akta Buruh, Akta Cetak Rompak dan Akta Hutan Simpan adalah contoh undang-undang di bawah hukum Ta'zir. Ada sesetengah ulama meletakkan Qisas (hukum balas) di bawah hukum Hudud, ada sesetengah yang mengasingkannya. Contoh yang boleh aku beri untuk Qisas : Katakan aku dah bunuh Gayat (Gayat, pinjam nama ko kejap). Kalau dah sabit kesalahan (cukup bukti dan saksi) dan aku didapati bersalah, family Gayat boleh decide either nak Qisas atau maafkan aku dan aku hanya perlu bayar diyat. Kalau family Gayat decide nak Qisas, aku akan dijatuhkan hukuman bunuh, sama macam yang aku dah buat pada Gayat.

Setakat masa sekarang ni, Malaysia banyak melaksanakan hukum Ta'zir. Ini aku ketahui dari perbincangan dengan kawan-kawan aku yang ambil kursus Syariah di Indonesia. Bukan kerajaan tak nak laksanakan hudud, tapi ia tak semudah yang disangka. Waima Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pun lebih menggalakkan kita supaya menggunakan hukum Ta'zir. Aku pernah baca hadis dari Kitab Koleksi Hadis Al Bukhari, (nanti aku balik cuti Krismas aku boleh list down all the hadis berkenaan hudud - kitab tu tak ada kat sini). Baginda Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya Imam yang membuat kesalahan dalam memaafkan lebih aku sukai dari Imam (atau pemimpin) yang membuat kesalahan dalam menjatuhkan hukuman".

Untuk melaksanakan hudud, bukan hukumannya sahaja mesti hudud, bahkan cara penyiasatan, saksi semuanya perlu mengikut hudud. Sekiranya ada sedikit kesangsian atdalam proses perlaksanaan hudud ke atas sesuatu kes, kes itu secara automatik akan jatuh ke dalam kategori Ta'zir. Sebagai contoh, antara kriteria saksi yang perlu ada untuk satu-satu kes hudud ialah saksi mestilah ADIL. ADIL di sini bermaksud orang yang tidak fasik. Tidak membuat dosa besar. Bukanlah maksud aku saksi ADIL ni tak ada, memang ada, tapi agak kurang bilangannya hari ini. Kita perlu ingat, orang zaman Rasulullah dulu iman mereka cukup tinggi. Tak perlu saksi, mereka mengaku sendiri kesalahan mereka. Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah ada seorang lelaki yang telah berbuat zina. Dia pergi mengaku sendiri kesalahannya pada baginda dan meminta dijatuhkan hukuman mengikut ketetapan Allah. Dia terpaksa mengaku 3 kali dan hanya pada kali ke 4 baru Rasulullah mendengar pengakuannya lalu baginda bertanya, "Adakah kamu gila?" Setelah lelaki tu betul-betul mengaku kesalahannya baru baginda menjatuhkan hukuman.

Satu lagi contoh, kes zina dalam zaman Khalifah Umar Al Khattab. Khalifah Umar dan pembantunya meronda pada waktu malam. Satu malam, dia dapat berita tentang seorang lelaki yang suka berzina. Khalifah pergi ke rumah lelaki tersebut untuk mengintip. Memang betul lelaki itu sedang berzina pada waktu itu. Khalifah Umar menyuruh pembantunya mencampakkan (aku tak sure whether this is the correct action, tapi dia nak pecah masuk ke rumah lelaki tu) beliau ke dalam rumah lelaki itu. Memang waktu tu Khalifah dapat tangkap lelaki itu dalam keadaan Hasyafah(keadaan ni mesti dilihat oleh saksi kalau kita nak sabitkan seseorang mengikut hukum hudud). Lelaki itu mengaku kesalahannya berzina, tetapi, katanya Umar juga bersalah kerana mengintai sedangkan Allah melarang kita mengintai.

Al-Hakim meriwayatkan dari Abdul Rahman bin `Auf bahawa pada suatu malam dia berjaga bersama `Umar bin al-Khattab di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan mereka tertarik dengan cahaya pelita di sebuah rumah. Justeru mereka berdua bergegas menuju ke sana, sehingga ketika sudah dekat dengan rumah tersebut, didapati pintu tertutup, di dalamnya kaum lelaki yang bercakap dengan suara yang tinggi. `Umar berkata sambil memegang tangan Abdul Rahman, ``Tahukah kamu ini rumah siapa?'' Abdur Rahman menjawab, ``Tidak''. Umar menjawab: ``Ini rumah Rabi'ah bin Umayah bin Khalaf. Mereka kini sedang minum arak, bagaimana pendapat mu?'' Abdur Rahman menjawab; ``Saya berpendapat bahawa kita telah mendatangi sesuatu yang dilarang oleh Allah `Azza Wajjalla. Allah berfirman: ``Jangan kamu mengintai. Tetapi kita telah mencari-cari.'' Justeru Umar pun beredar dan meninggalkan mereka.

Imagine, itu dalam zaman Khalifah Umar dan Rasulullah di mana rumah manusia masa tu tak sehebat rumah kita zaman ni. Rumah zaman tu memang senang kalau nak mengintai. Rumah kita yang kebanyakannya didirikan dari batu dan kayu, mesti kena intai betul2 baru boleh sure apa yang orang kat dalam tengah buat. Dari rencana tulisan Dr Yusuf Al Qaradawi, aku dapati Dr Yusuf ni mengatakan bahawa even Rasulullah sendiri menggalakkan kita avoid hudud ni. Cuba buka surah An Nisa, ayat 16. Meh aku tulis terjemahan dalam english nya, "And the 2 persons (man and woman) among you who commit illegal sexual intercourse, hurt them both(*). And if they repent (promise Allah that they will never repeat, i.e. commit illegal sexual intercourse and other similar sins)and do righteous good deeds, leave them alone. Surely, Allah is Ever All-forgiving (the One who forgives accepts repentance), (and He is) Most Merciful." --(*) check dalam Surah An Nur ayat 2 tentang hukuman ke atas penzina.

Uishh.. Panjang sangat la pulak. Kalau korang tak baca aku paham la kenapa. Aku setuju dengan pendapat Nadia. Yang penting, tarbiyah. Kita menghukum bukan untuk memudaratkan umat manusia. Kita menghukum untuk menginsafkan pesalah dan orang yang ada intention nak buat benda yang sama. So far, aku tulis setakat ni je lah. Aku ada benda lain nak kena tulis nih. Kalau ada tersilap fakta, atau terkasar bahasa mintak maaf, mintak ampun di hari yang dah dekat nak raya ni.


SITI NORAFIDAH MOHD RAMLI @ OPIE

 

 

Assalamualaikum warahmatullah

i'm impressed ramai yg berminat dengan topik ni, sebenarnya topik ni pon sedang hangat diperdebatkan di msm-net tapi konteksnya diperkecilkan sedikit, dalam konteks hukuman bunuh kepada child rapist.

if possible, I would have cut and paste so that ramai yg boleh baca, but for the time being masih tidak berkesempatan. kalau gayat rajin (as u're the 'moderator') u can access the msm-net through yahoogroups, sbb boleh tgk email history, kalau nak tahu pandangan as soon as possible.

As for my opinion, i agree with opie, yess.. she's done quite a work i suppose :) well, some more opinions about hukum hudud ni can be obtained from Tafsir surah an-Nur. And of course, there are some more elaborations psal syariah as quoted by opie, sbb jinayah and had (hudud) pon ada juzuk-juzuk nye lagi. But whatever it is, dlm Islam hukuman bukannya penyelesaian, tapi jln akhir, and rasulullah s.a.w. sendiri jika dilihat dalam Seerah byk kali mengelak utk menjatuhkan hukuman and by revealing other people's sin is a sin actually, bergantung kpd niat waallahualam. So, kalau nak fikir-2 susah betul nak jatuhkan hukuman.

TAPI, this does not mean hukum Allah tidak sepatutnya ditegakkan. Syariah Islam mesti ditegakkan, tidak boleh gunakan hujah tidak melaksanakan hukum Islam dgn guna reason sbb rasulullah pon prefer mercy. Undang-2 yg ada mesti undang-2 Islam based on al-Quran dan Sunnah bukan undang-2 warisan dari penjajah. Tapi, dari segi pelaksanaan, yes, dari situ lah hikmah islam perlu ditekankan. if we 'look around', undang-2 islam kat other Islamic countries are being critisized heavily, sbb tak adil. ADIL yg ditekankan oleh rasulullah takde pada mereka, bukan salah Islam, bukan salah syariah Islam. To counter this, tarbiyah, yes, I would agree plus penerimaan Islam dan pelaksanaan sepenuhnya bagi pemegang tampuk pemerintahan dnan rakyat. Hudud sahaja tanpa sistem yg Islam bawa lebih byk masalah, dlm konteks ini mudarat lebih byk dari maslahah. Dan pembinaan negara Islam adalah satu proses yg pjg, tak boleh hari ini tegak negara Islam, besok, laksanakan hudud. But i guess, in our country, by delaying the hukum dari Allah will invite suara-2 sumbang as they claim to set up His Law. Hmm.. tersepit, which one to go first...

Wasalam

ranimah