Solat sunat sebelum tidak pun disyara'kan. Sedang yg sesudahnya mmg termasuk sunat Rawatib yg nyata sebagaimana Hadis Turmudzi dan Muslim:
Sumber Ibnu 'Umar drpd Nabi SAW bahawasanya Nabi SAW sembahyang dua rakaat selepas solat Jumaat.
Kata Iman Nawawi dlm syarah Muslim: Nabi SAW melakukannya 2 rakaat bagi menerangkan sekurang2 rakaat bagi sembahyang ini, yg plaing sempruna ialah 4 rakaat. Kata Abu 'Isa At-Turmudzi, Iman Sayfi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal mengamalkan hadis ini.
Sembahyang sunat lebih afdal dilakukan di rumah. Begitu juga solat sunat selepas Jumaat sepertimana diterangkan dlm hadis di bawah:
Sumber Ibnu 'Umar bahawasanya adalah apabila dia selesai sembahyang jumaat, dia kembali lalu semabahyang 2 rakaat di rumahnya; kemudian dia berkata,"Adalah Rasululla SAW berbuat demikian." Hadis riwayat At-Turmudzi dan Muslim.
Terdapat juga hadis berkaitan solat sunat 4 rakaat selepas jumaat seperti di bawah:
Sumber Abu Hurairah katanya,Rasulullah SAW bersabda,"Siapa di antara kamu hendak sembahyang sunat sesudah jumaat maka hendaklah dia bersembahyang 4 rakaat." Hadis riwayat At-Turmudzi dan Muslim.
Di sini para ulama hadis telah membuat kesimpulan, solat sunat Ba'diyah jumaat boleh dilakukan sebyk 2 atau 4 rakaat. Tetapi 4 rakaat adalah terbaik.
Bagi solat sunat sebelumnya pula, telah dikatakan tidak di syara'kan. Mmg tidak dinafikan terdapat solat sunat Qabillyyah seperti pada waktu zohor dan fajar, akan tetapi kita kena pula ambil pertimbangan hukum "kekecualian" terutama tentang keperihalan upacara sembahyang jumaat ini di zaman hayat nabi SAW di mana azan dilakukan sesudah nabi berada di mimbar. Adakah sembahyang yg dilakukan dlm tempoh yg sebegini pendek selain Tahiyyah Al-Masjid? Kita tidak boleh membuat ukuran dgn zaman yg serba bidaah ini, azan dilakukan sblm lagi khatib naik ke mimbar; sedangkan kita telah mempunyai alat pembesar suara dan alat2 lain yg canggih yg tidak memerlukan azan dua kali; dan tiada pula berita mengatakan sembahyang sunat seperti ini dilakukan di zaman 'Uthmaan.
Memang terdapat beberapa sumber berkaitan sunat seblm jumaat seperti di bawah:
1)Sumber Abdullah B. Mas'uud yg memberitakan bhw sembahyang sblm jumaat 4 rakaat dan sesudahnya 4 rakaat.
2)Sumber 'Ali B. Abu Talib bhw beliau menyuruh org ramai bersembahyang sesudah jumaat 2 rakaat dan kemudian disuruhnya 4 rakaat di lain kali.
Tetapi sayang, sumber2 di atas tidak disebutkan kitab rujukan dan sanandnya bagi mempastikan kesahihan hadis di atas.
Terdapat juga satu hadis lain yg berkaitan:
Sumber 'Ali B. Abu Talib memberitakan:
"Sesungguhnya Nabi SAW bersembahyang 4 rakaat seblm jumaat dan 4 rakaat sesudahnya." Hadis riwayat At-Taraani dlm 'Mu'jan Al'Ausat.
Walupun begitu hadis di atas dilemahkan oleh Iman Bukhari krn periwayatnya (Muhammad B. Ab.Rahman As-Sahmi) tidak cukup syarat.
Para ahli Hadis mengirakan tidaklah disyara'kan sembahyang sblm jumaat selain Tahiyyatul Masjid. Meskipun harus melakukan sebarang sembahyang selepas jumaat; ttp tidak sekali2 melakukan Qabiliyyah Jumaat; sebab kewujudannya tidak wujud di dlm syari'at yg bersih ini. Wallahua'lam.