Jawab: Fatwa al Imam Syaraf anNawawi rm (mewakili fiqh Syafi'iy) dalam al_Majmu' Juz 3): sesiapa yg meninggalkan solat tanpa disengajakan (spt tertidur, pingsan atau terlupa), maka ada kaffarat ke atasnya dgn cara mengganti secepat mungkin (tiada dosa atasnya). Tetapi yg sengaja meninggalkan solat dengan sebab cuai dan malas, maka hatinya telah berdosa besar dan tidak ada kaffarat atasnya (tidak boleh ditebus lagi). Begitu juga mereka yg meninggalkan solat Juma'at tanpa uzur, jika ia mengganti dgn solat Zuhur sekalipun, tidak dapat menggugurkan kewajipan solat Juma'at atasnya. Walaupun begitu orang yg meninggalkan solat fardhu dgn sengaja itu diwajibkan qadha', yg meninggalkan solat Juma'at dgns sengaja wajib mengganti dgn solat Zuhr dan selepasa itu ia hendaklah disusuli dgn taubat dan istighfar. Inilah pendapat jumhur. Pentahqeeq spt Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rm, menolak pendapat jumhur dan menafikan hukum solat qadha' bagi yg sengaja meninggalkan solat. Ia tidak sah dilakukan kerana tidak disyari'atkan dan batal. Hanya taubat, istighfar dan solat sunat yg boleh dilakukan. Ini juga pendapat Daud Zahiri (Fiqh Sunnah)
BAB IBADAT |