KEUNGGULAN ISLAM
ADAKAH BATAL WUDHU APABILA MENYENTUH KEMALUAN?

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Adakah batal wudhu sekiranya menyentuh kemaluan?

Mazhab Hanafi: Tidak batal
Jumhur: Batal

Hujah dan dalil Mazhab Hanafi

Hadis Thaliq bin Ali ertinya:
Bahwa seorang laki-laki menanyakan kepada Rasulullah saw. tentang orang yang menyentuh kemaluannya, apakah ia wajib berwudhuk? Ujar Nabi saw; Tidak, itu adalah merupakan bagian dari tubuhmu sendiri. (Diriwayatkan oleh yang berlima dan dinyatakan sah oleh Ibnu Hibban).

Inilah juga pendapat Umar, Ali, Ibn Masu, Ibn Abbas, Zaid bin Thabit, Imran bin Husain, Huzaifah bin Al-Yaman, Abu al-Darda dan Abu Hurairah ra.

Segelintir  Ulama mutakhirin menyokong pendapat ini. Di antaranya Ibn Rusyd, Sheikh Al-Islam Ibn Taimiya, Sheikh Albani dan lain-lain lagi. Ulama2 ini mengambil jalan tengah antara kesemua hadis (yakni tidak batal dan batal). Mereka berpendapat tidak batal wudhu sekiranya disentuh tanpa syahwat


Hujah dan dalil Mazhab Maliki

Wudhu batal apabila tersentuhnya telapak tangan pada zakar. Tetapi perempuan yg menyentuh farajnya tidak pula batal. Mereka juga berpendapat, terbatal juga wudhu sekiranya zakar disentuh orang lain yang sudah baligh. Tetapi tidak batal kiranya org yang belum baligh menyentuhnya.

Bahwa Nabi saw. bersabda:

Siapa yang menyentuh kemaluannya, maka janganlah Ia shalat sampai ia wudhuk lebih dahulu! (Hadis riwayat yang berlima dan dinyatakan sah oleh Turmudzi).

Manakala dalam hadis yang lain pula, bahwa Nabi saw. bersabda:

Siapa yang membawa tangannya ke kemaluan tanpa ada yang membatas, maka wajib benwudhuk. (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibbah dan Hakim yang menyatakannya sah bersama Ibnu Abdil Bir).


Hujah dan dalil Mazhab Syafii dan Hanbali

Wudhu terbatal dengan menyentuh mana2 kemaluan.(zakar, qubul orang perempuan dan dubur). Tidak kira kepunyaan sendiri maupun tidak, kecil atau besar, masih hidup atau sudah mati.

Menurut Imam SyafiI, sentuhan yang dimaksudkan itu bermaksud sentuhan dgn telapak tangan sahaja. Manakala menurut Mazhab Hanbali, sentuhan itu termasuk juga belakang telapak tgn bukan telapak sahaja. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud:
Apabila salah seorang antara kamu menyentuh kemaluannya dengan tangannya dan tidak terdapat di atara kedua-duanya sebarang alas, maka hendaklah ia berwudhu.

Mazhab Hanbali menafsirkan belakang tangan juga termasuk di dlm anggota tangan.

Dalil kedua mazhab berkaitan batalnya wudhu dgn sentuhan adalah:

Hadis riwayat Busrah binti Safwan dan Ummu Habibah:
Sesiapa yang menyentuh zakarnya hendaklah ia berwudhu

Dlm lafaz yang lain baginda bersabda:
Sesiapa yang menyentuh farajnya hendaklah ia berwudhu

Hadis riwayat Abu Hurairah:
Apabila salah seorang antara kamu menyentuh zakarnya tanpa alas, maka wajiblah ia berwudhu

Dalam lafaz yang lain:
Apabila salah seorang antara kamu menyentuh farajnya..

Perkataan faraj meliputi dua kemaluan iaitu qubul dan dubur

 

 

Kesimpulan

 

Setelah melihat kesemua pandangan dan huraian ulamak, saya lebih cenderung kepada batalnya wudhu apabila menyentuh kemaluan. Persoalannya, bagaimana pula dengan hadis Talq bin Ali ra yang jelas mengatakan batal wuidhu. Ulama yang menyokong pendapat ini telah menggariskan beberapa kaedah utk meleraikan hadis yg saling bercanggah. Berikut adalah antara jalannya:

 

1)Apabila bertembung dua dalil: dalil yg melarang dan dalil yg mengharuskan, maka diungguli dalil yg melarang. Majoriti mujtahid menerimapakai metode ini kerana sebagai langkah2 berhati-hati.
Hadis larangan = hadis yg mengatakan batal wudhu
Hadis yang mengharuskan = hadis batal wudhu' yakni hadis Talq bin Ali ra
Jadi melalui kaedah ini, hadis yang mengatakan batal wudhu' diunggulkan atas dasar berhati2

2)Metode tarjeeh seterusnya ialah melihat hadis mana yg lebih kuat (mempunyai jumlah jalan periwayatan dan penuat di dalam sanadnya).
Maka mengikut jumhur ahli Hadis, hadis Busrah lebih kuat sanadnya dari hadis Talq


3)Kaedah tarjeeh seterusnya ialah nasikh-mansukh.
Dikatakan Hadis Busrah telah memansukhkan Hadis Talq oleh sebuah riwayat dari Abu hurairah ra yg bermaksud


Dari Abu Hurairah r.a.:
Bahwa Nabi saw. bersabda: Siapa yang membawa tangannya ke kemaluan tanpa ada yang membatas, maka wajib benwudhuk.

(H.r. Ahmad Ibnu Hibbah dan Hakim yang menyatakannya sah bersama Ibnu Abdil Bir).

Oleh kerana Abu Hurairah ra adalah sahabat junior dalam Islam(memeluk Islam 4 thn seblm Nabi wafat), maka dikatakan hadis di atas ini sebagai hadis terbaru yang memansuhkan hadis Talq bin Ali ra. Walaupun begitu, hadis ini didaifkan oleh Ahmad Muhammad Syakir. Allahu'alam

4)Metode tarjeeh yg lain ialah Hadis Talq adalah hukum asal, manakala Hadis Busrah adalah hukum baru yg menggugurkan hukum asal.

5)Kaedah yang kelima, apabila bertembungnya antara 2 hadis, maka hendaklah diunggulkan hadis yang selari hukumnya dgn dalil2 yang lain. Oleh kerana terdapat hadis yg menunjukkan hukum yang serupa kepada kaum wanita iaitu;


"Sesiapa yang menyetuh farajnya hendaklah dia berwudhu'" [dinilai sahih oleh Albani]

maka hadis Busrah diunggulkan.

 

 

 

 

 

Rujukan

 

Feqhus sunnah

Oleh Sheikh Sayyid Sabbiq

 

Fiqh Islami

Oleh Dr Wahbah Az-Zuhaily

 

Kesalahan orang-orang yang bersolat

Oleh Muhammad Siddiq Al-Minsyawi

 

Kaedah Memahami Hadis2 yang Saling Bercanggah
oleh Ustaz Hafiz Firdaus

 

http://Al-Ahkam.com.my//

BAB IBADAT