Sembahyang Jumaat
Jama'ah mestilah berada bersama imam sejak dari awal khutbah hingga selesai memberi salam pada akhir sembahyang. Oleh itu jika terbatal sembahyang salah seorang daripada mereka, walaupun setelah imam beri salam pada akhir sembahyang, maka terbatallah juga sembahyang Jumaat itu. Ini menunjukkan bahawa kewujudan jama'ah hingga sembahyang adalah syarat menurut pendapat yang masyhur.
Ulama' Syafi'i dan Hanbali mengatakan, hendaklah dilakukan sembahyang Jumaat bersama imam dengan kehadiran 40 orang atau lebih.
Bilangan 40 itu hendaklah daripada kalangan penduduk tempat itu (ahl al qaryah ) yang mukallaf, merdeka dan lelaki yang tinggal menetap di situ - mana tiada seorang pun daripada mereka berpindah daripada tempat itu sama ada pada musim sejuk atau musim panas kecuali kerana keperluan, sekalipun mereka ini daripada orang-orang sakit atau bisu atau tetapi bukan daripada kalangan orang musafir. Sekiranya bilangan jamaah melebihi daripada 40 orang, maka imam bolehlah dilantik atau daripada orang musafir.
Tidak dikira sembahyang Jumaat jika jama'ah kurang daripada 40 orang.
Ini berdasarkan Hadith yang diriwayat oleh Ka'b yang antara isi Hadith itu bahawa bilangan orang yang menunaikan sembahyang Jumaat yang pertama sekali di al-Madinah sama As'ad bin Zurarah ialah seramai 40 orang.
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud:
Terjemahan:
Sesungguhnya Nabi s.a.w. menunaikan sembahyang Jumaat di al-Madinah yang mana bilangan mereka seramai 40 orang; tiada bukti yang menunjukkan Nabi s.a.w. menunaikan sembahyang itu dengan bilangan yang kurang daripada 40 orang.
Oleh itu tidak boleh dilakukannya dengan bilangan yang kurang. Jika kesemua 40 orang atau setengah daripadanya bersurai ketika dibaca khutbah, maka tidak sah sembahyang Jumaat itu kerana pendengaran 40 orang Jamaah terhadap semua rukun khutbah adalah dituntut.
Tujuan khutbah untuk didengari oleh orang ramai, jika kurang daripada bilangan 40 sebelum selesai sembahyang Jumaat maka hendaklah dilakukan sembahyang Zuhur dan tidak payah disempurnakan sembahyang Jumaat. Bilangan adalah syarat, maka semuanya diambil kira sebagaimana juga dalam bahagian bersuci (al-Taharah).
Ulamak Maliki mengatakan (berhubung dengan jama'ah):
Disyaratkan hadir seramai 12 orang lelaki untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan mendengar khutbahnya. Ini berdasarkan riwayat daripada Jabir yang bermaksud,
Bahawa Nabi s.a.w., pada suatu hari Jumaat, sedang membaca khutbah secara berdiri, tiba-tiba sampailah unta yang membawa barang perniagaan dari Syam, lalu orang ramai berkerumun kepadanya hingga tinggal 12 orang lelaki sahaja (yang mendengar khutbah), maka turunlah ayat ini mengenai sembahyang Jumaat yang bermaksud:
"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah).
Jelas kepada pengarang bahawa sembahyang Jumaat perlu kepada perhimpunan (jama'ah). Apabila tercapai jama'ah yang ramai mengikut kebiasaannya, maka diwajibkanlah sembahyang Jumaat dan hukumnya sah.
Dan tidak terdapat nas yang jelas yang mensyaratkan bilangan tertentu, tetapi jama'ah adalah syarat yang disepakati semua ulama' bagi sembahyang Jumaat kerana sudah maklum di dalam syara` bahawa jama'ah itu terdapat ketika sembahyang.
Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam : Dr. Wahbah Al Zuhaili
BILANGAN PENGIKUT SHALAT JUM'AT
Tidak ada perselisihan di antara para ulama bahawa berjama'ah adalah salah satu syarat sahnya Jumaat, berdasarkan hadits Tharik bin Syihab bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
Jumaat itu adalah hak kewAjipan setiap orang islam dengan berjemaah
Tetapi mereka berselisih mengenai jumlah pengikut yang menghadirinya, hingga ia dapat dikatakan sah.
Mengenai ini ada lima belas pendapat sebagai disebutkan oleh, Hafizh dalam AI-F'ath.
Adapun pendapat yang kuat ialah bahwa Jum'at itu sah sekalipun hanya dengan dua orang pengikut atau lebih, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dua orang atau lebih itu dianggap berjamaah. "
Berkata Syaukani:
Menurut ijma', shalat-shalat lainnya sudah cukup disebut berjama'ah dengan diikuti oleh dua orang saja. Dan Jum'at termasuk dalam shalat itu, maka tak dapat dikatakan ia mempunyai ketentuan tersendiri dan menyalahi yang lain-lain, kecuali bila ada dalil atau keterangan.
Sedang dalam soal jumlah pengikut ini tak ada keterangan yang mengharuskannya lebih dari lainnya."
Berkata pula Abdul Haq:
"Tak ada keterangan dari hadits yang menyebutkan bilangan pengikutnya."
Juga Sayuthi mengatakan bahwa mengenai jumlahnya, tidak dijumpai dalam sebuah hadits pun.
Dan di antara ulama yang berpendapat seperti ini ialah Thabari, Daud, Nakha'i dan Ibnu Hazmin.
Rujukan : Fiqh Sunnah Syed Sabiq
BAB IBADAT |