KEUNGGULAN ISLAM
BAB TEGAH JUAL-BELI DAN BERSYAIR DALAM MASJID

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, perhatikan hadith Turmudzi yang beerti:

 

Sumber Abdullah B. Amr B. Al- Aash r. a. daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya beliau menegah membaca (mendeklamasi) syair di dalam masjid, berjual-beli di dalamnya dan duduk berlingkungan (berkumpulan) pada hari Jumuat sebelum sembahyang (Jumu at).

               Kata Abu Isa At-Turmudzi: Dalam bab ini terdapat lagi Hadith sumber daripada       Buraidah, Jaabir dan Anas. Hadith ini bertaraf Hasan.

 

         Masalah: Hukum bersyair dalam masjid.

Ya saudaraku, di samping Hadith yang melarang bersyair; ada pula yang mengharuskannya di mana dia dikeluarkan Al-Bukhaari dalam Shahih Al-Bukhaari dalam Bab Bersyair dalam Masjid. Para ulama membuat penjelasan bahawa tiadalah percanggahan antara dua Hadith ini. Sebab syair yang dilarang itu ialah yang menyairkan perkara yang batal (bukan kebenaran) yang tiada layak dilakukan dalam masjid (seperti memuja kebendaan dan hawa nafsu). Sebaliknya harus bila syair itu memuji perkara keagamaan dan menegakkan Syariat Islam. Kata Abu Isa At-Turmudzi, banyak Hadith yang memberi kelonggaran bersyair dalam masjid.

        

Masalah: Hukum berjual-beli dalam masjid.

Kata Imam An-Nwawi dalam Syarah Muslim: Terlarang beraqad jual-beli, sewa-menyewa dan sebagainya dalam masjid. Menurut Ibnu Al- Arabiy Masjid         dibangunkan hanya untuk tempat dzikrullaah dan perkara yang berhubung dengan Akhirat, bukannya dia menjadi sebahagian pasar dunia. Dalam Syarah Muslim Imam An-Nawawi menyebutkan Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:

 

Masjid itu dibangunkan untuk dzikrullaah; kerana sembahyang,mengajar dan belajar serta mudzakarah dalam kebaikan (dan sebagainya).

        

       

M: Hukum mendedahkan jualan dalam masjid

Kata ulama, berdasarkan Hadith tadi adalah haram beraqad jual-beli         dalam masjid, apalagi mendedahkan barang-barang jualan di   dalamnya, sebab dia menghinakan masjid, menyempitkan orang beribadah dan mempergunakan tempat ibadah orang ramai secara dzalim.

 

M: Hukum duduk berlingkungan dalam masjid.

Ya saudaraku berdasarkan Hadith tadi adalah terlarang duduk demikian sebelum sembahyang Jumuat dalam menjalankan apa-apa kegiatan sekali pun, sebab dia boleh menyempitkan tempat bagi orang yang datang untuk sembahyang Jumuat. Akan tetapi bagi hari bukan Jumuat adlah diharuskan sebab terdapat hadith yang memberitakan Nabi SAW pernah mengajar dalam masjid sedang orang ramai duduk berlingkungan sekeliling beliau.