Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
BAB LARANGAN MEMBINA MASJID DI KUBUR

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, larangan ini berdasarkan hadith Turmudzi:

 

Sumber seorang sahabat nabi lagi sepupunya iaitu Abdullah b. Abbas ra. Katanya, Rasulullah SAW telah mengutukkan wanita-wanita yang menziarahi kubur dan orang-orang yang membinakan masjid-masjid dan memasang pelita di atas kubur.

 

Kata At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat hadith-hadith lain sumber Abu Hurairah dan Aisyah. Hadith ini bertaraf hasan.

 

Masalah: Hukum membina masjid di atas kubur.

Ya saudaraku, di Mesir banyak sekali dibinakan masjid di atas kubur para wali dan ulama yang soleh. Punca-puncanya di zaman jahiliyah orang-orang Yahudi membinakan rumah-rumah ibadah mereka di atas kubur para nabi. Kubur-kubur ini terletak di sebelah kiblat dalam rumah-rumah ibadat tersebut. Maka jadilah mereka bersembahyang berkiblatkan kubur sehingga jadilah kubur itu disembah sebagai Tok Pekong zaman berzaman.

 

Maka keadaan beginilah diharamkan syara. Kata Imam An-Nawawi dalam syarah Muslim, para ulama menjelaskan Nabi SAW melarang menjadikan kubur beliau dan kubur orang-orang lain sebagai masjid(sembahan) sebab dikhuatiri berlaku sikap membesar dan mendewa-dewakannya yang menelorkan kepada kekufuran sebagaimana yang telah berlaku di kalangan umat yang terdahulu.

 

Masalah: Hukum membina kubur di belakang masjid.

Bila kubur terletak di belakang atau di hadapan tetapi terdapat dinding yang memisahkannya daripada masjid atau masjid dibinakan di sisi kubur, maka tidaklah mengapa. Demikian penjelasan Imam An-Nawawi di mana hal ini berlaku ke atas kubur Nabi SAW sesudah umat Islam makin ramai membuatkan terpaksa diperluaskan Masjid Nabi di mana kubur Nabi SAW serta kubur Abu Bakr As-Siddiq dan Umar Al-Khattab terpaksa dilingkungi dengan dinding yang membuatkan orang-orang yang sedang sembahyang tidak nampak akan kubur berkenaan.

 

Masalah: Hukum membina masjid di atas kubur orang-orang kafir.

Kata Qastallaani, orang-orang kafir bukan Dzimmi(yang dijamin keselamatannya) bila ditanam di sesuatu tempat, maka boleh dibinakan masjid di atas kubur mereka dengan menghapuskan skali kesan-kesan mereka sebagai menghinakan mereka. Bukan lagi sebagai memulia dan membesarkan mereka.

 

Masalah: Hukum sembahyang di atas kubur secara berlapik.

Dalam Mashab SyafiI makruh sembahyang di atas kubur, walaupun secara berlapik berdasarkan Umar Al-Khattab ra. Pernah melihat Anas b. Malik bersembahyang di sisi kubur, maka Umar lalu berkata kepadanya, Kubur! Kubur! (jauhkan bersembahyang di sisi kubur). Tetapi Anas meneruskan juga sembahyangnya. Walau bagaimanapun Umar tidak menyuruhkan Anas mengulangi sembahyang fardhunya itu. Qaadhi Husain memakruhkan atas alas an menghormatkan masjid dan tidak makruh bila berlapik. Demikian juga jika seseorang berdiri di atas kubur di mana di bawahnya tiada mayat dan tiada pula najis, tiadalah makruh.

 

Masalah: Hukum sembahyang mengadap kubur Nabi SAW.

Kata Qastallaani, haram seseorang sembahyang mengadap demikian. Demikian juga mengadap ke kubur para Nabi. Imam Abu Hanifah memakruh, manakala Imam Maliki mengharus.

 

Masalah: Bagaimana cara ziarah kubur yang ditegah.

Kata ulama, adalah di zaman Jahiliyah, orang-orang menziarahi kubur dengan meratap-tangis, menjerit-jerit, menampar-nampar pipi dan menyeksakan badan. Maka cara ini ditegahkan Nabi berdasarkan Hadith sumber Ibnu Abbas di atas kemudian dinasakhkan oleh hadith Nabi SAW:

 

Adalah saya telah melarang kamu menziarahi kubur (sebelum ini), maka (kini) ziarahilah dia.

 

Kerana itu Imam Syafii berkata di dalam kitab Al-Umm, tiadalah mengapa menziarahi kubur.

 

Manakala sebahagian ulama menjelaskan larangan Nabi pada awal bab ini disebabkan lebih ramai wanita dariapada lelaki menyebabkan kelakuan mereka seperti Jahiliyyah. Adapun menziarahi kubur kerana iktibar dan pengajaran(mengingati akhirat), maka dia adalah harus(malah disunatkan).

 

Masalah: Hukum memasang lampu berterusan di kubur.

Jika memasangnya bukan kerana menyuluhkan bagi kepentingan tertentu, malah dipasang semata-mata(tanpa keperluan lain), maka dia adalah haram sebab mensia-siakan harta dan mempermuliakan kubur lebih dari memuliakan Allah.