KEUNGGULAN ISLAM
BAB SEKALIAN BUMI INI TEMPAT BERSUJUD MELAINKAN TANAH PERKUBURAN DAN BILIK MANDI

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, bab ini membicarakan tempat yang harus bersujud bagaimana hadith riwayat Turmudzi:

 

Sumber Abu Saiid al-Khudriy, katanya: Rasulullah SAW bersabda:  Bumi ini semuanya tempat bersujud melainkan tanah kubur dan bilik mandi air panas.

 

Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini ada sumber lain daripada Ali b. Abu Taalib, Abdullah b. Amr, Abu Hurairah, Jaabir, Ibnu Abbas, Hudzaifah, Anas, Abu Umaamah dan Abu Dzarr. Mereka mengatakan Nabi SAW bersabda:

 

Bumi ini semuanya dijadikan bagiku tempat bersujud dan alat bersuci(penyuci). [Hadith riwayat Asy-SyafiI dalam kitab Al-Umm]

 

Abu isa At-Turmudzi, hadith ini terdapat dua tempat dalam kitabku: satunya sumber Abu Saiid Al-Khudriy dariapada SAW; manakala yang satu lagi Munqati(terputus).

 

Masalah: Hammaam itu bagaimana rupa dan penjelasannya?

Ya saudaraku, hammaan banyak di Mesir, iaitu rumah(kamar) tempat mandi berbayar di mana disediakan air-air panas dan sejuknya, kolam air panas, alat-alat pembersih, kain basahan dan lain-lain sehingga seseorang yang keluar daripadanya adalah berkeadaan bersih.

 

Masalah: Bagaimana sifat kubur dan hammaam yang tidak sah sembahyang padanya?

Ya saudaraku, kata Imam SyafiI dalam kitab Al-Umm: Hadith berkenaan difahamkan dengan jelas di mana kedua tempat itu pasti bernajis. Kubur: tanahnya bercampur dengan daging-daging mayat dan danur mereka; najis-najis mereka; manakala hammaam pula tidak sunyi daripada najis dan darah; tidaklah layak dan tidak wajar untuk tempat sembahyang.

 

Masalah: Sifat kubur yang dimakruhkan sembahyang padanya.

Kata Imam Syafii dalam kitab Al-Umm: Kubur itu ialah tempat perkuburan orang ramai di mana tanahnya bercampur dengan badan mayat; tidaklah harus sembahyang padanya; sedangkan asal tanah itu suci atau bersih. Bila ada tanah lapang yang dianggap sebagai kubur di mana cuma dikebumikan seorang dua mayat dan tanahnya tidak dibalik-balikkan, maka dimakruhkan sembahyang padanya.