Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
BAB APABILA SESEORANG KAMU MASUK MASJID, MAKA HENDAKLAH DIA SEMBAHYANG DUA RAKAAT

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, sebahagian adab memasuki masjid itu hendaklah menghormatinya sebagai perlakuan hormat seorang sahabat yang baru bertemu, iaitu dengan melakukan Sembahyang Tahiyyah Al-Masjid yang dianjurkan oleh syara bagaimana riwayat Imam Turmudzi:

 

Sumber Abu Qataadah, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu masuk masjid, maka hendaklah dia bersembahyang dua rakaat sebelum dia duduk.

 

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Dalam bab ini terdapat sumber daripada Jaabir, Abu Umaamah, Abu Dzar dan Kab B. Maalik. Hadith riwayat di atas bertaraf hasan shahiih.. Juga Hadith ini diriwayatkan oleh Muhammad B. Ijlaan dan ramai lagi seperti Aamir B. Abdullah B. Az-Zubair, seumpama riwayat Maalik B. Anas. Juga Sahl B. Abi Shaalih meriwayatkan hadith ini daripada Aamir. Sumber Abu Qataadah merupakan sumber yang shahiih. Manakala Imam Al-Bukhari dan Muslim turut mengeluarkannya dalam kitab shahiih keduanya.

 

Masalah: Sembahyang Tahiyyah Al-Masjid itu sunatkah atau wajib?

Ya saudaraku, kata Abu Isa At-Turmudzi, antara kalangan yang mengamalkan hadith ini ialah pengikut Mazhab Syafii dimana disunatkan apabila seseorang memasuki masjid, jangalah dia duduk sehingga lebih dahulu dia bersemabahyang dua rakaat; kecuali dia uzur. Kata Imam An-Nawawi dalan Syarah Muslim: Berlaku Ijma sekalian orang Islam menyunatkan sembahyang dua rakaat Tahiyyah Al-Masjid; Manakala hadith di atas menjadi dalilnya. Akan tetapi AL-Qaadhi Iyaadh mengambil berita bahawa Mazhab Dawud Adz-Dzaahiriy dan penganutnya mewajibkan sembahyang ini.

 

Masalah: Memasuki masjid lalu duduk apa hukumnya?

Kata Iman An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Perbuatan begini makruh Tanziih(semata-mata) dengan dalil yang terang melarang duduk tanpa sembahyang terlebih dahulu.

 

Masalah: Semabahyang Tahiyyah Al-Masjid itu di masjid manakah?

Ya saudaraku, disunatkan sembahyang di mana-mana masjid kecuali(menurut Imam An-Nawawi) Masjid Al-Haraam di man orang-orang haji memulakan memasukinya dengan Tawaf Qudum yang kemudiannya disusuli dengan sembahyang dua rakaat (selepas) tawaf.

 

Masalah: Bilakah waktu sembahyang Tahiyyah Al-Masjid?

Kata Imam An-Nawawi, Hadith tadi menjadi dalil bagi sembahyang ini pada bila-bila sahaja masuk ke masjid; demikianlah Mazhab Syafii. Manakala Imam Abu Hanifah, Al-Auzaaiy dan Al-Laith memakruhkan bila masuk masjid waktu makruh(waktu larangan). Suruhan sembahyang tanpa mengira waktu larangan adalah berdasarkan Nabi SAW yang sedang berkhutbah Jumaat menyuruh seorang yang terus duduk bangun bersembahyang dua rakaat; padahal khutbah juga perlu diutamakan mendengarnya dan khatib(Nabi) terpaksa memotong khutbah sebab mengeluarkan perintah ini.

Masalah: Wajibkah menentukan sembahyang Tahiyyah Al-Masjid dalam niat?

Kata Imam An-Nawawi, tiadalah disyaratkan malah memadai dengan mana-mana sembahyang dua rakaat, sama ada senbahyang fardhu(bagi orang yang tidak sempat sembahyang) atau sunat; atau lainnya; maka telah dikira sebagai melkukannya.

 

Masalah: Sahkah sembahyang Tahiyyah Al-Masjid serta sembahyang Jenazah?

Kata Imam An-Nawawi: Pendapat yang shahiih dalam mazhab syafii mengatakan tidak sah jika dia dihubungkan dengan sembahyang jenazah, sujud syukur atau sujud Tilaawah; Demikianlah berdasarkan zahir hadith di mana sembahyang ini bertujuan memulia dan menghormati masjid(sedang Allahlah yang diagung dan dimuliakan).