Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
ADAKAH BATAL WUDHUK BERSENTUHAN LELAKI DAN PEREMPUAN YANG HALAL KAHWIN?

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

P/S: Sebelum para pembaca meneruskan pembacaan, dinasihatkan agar terlebih dahulu membaca mengenai takliq dan talfiq dalam bahagian persoalan.

Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun
ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk? (Kesemua Imam mujtahid menyarankan kita meneliti dalil dan hujah mereka sebelum kita menerima pakai ijtihad mereka.)

Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Imam Abu Hanifah memutuskan sentuhan lelaki terhadap wanita (tanpa berlapik) tidak membatalkan wudhu' baik tanpa syahwat maupun disertai rasa syahwat. Beliau bersandarkan hadis riwayat Aisyah RA, bahawa Rasulullah saw biasa mencium
sebahagian isterinya kemudian solat, tanpa mengulangi wudhu' baginda.

Imam Abu Hanifah dalam membuat tafsiran ayat al Ma'idah: ayat 6 (jika kamu menyentuh wanita, Au Laa mastumunnisa') sentuh itu bermaksud jima'. Tafsiran Imam Abu Hanifah ini disandarkan kepada tafsiran Ibn Abbas RA, tokoh tafsir yang terunggul yang mentafsirkan menyentuh wanita dalam ayat itu bermaksud persetubuhan.

Rujukan: Imam al Kasani, al Bada'iy,Jld 1, ms 30 dan Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

. Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala:
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi'i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili  dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi'i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk.

Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan ataupun anggota lain.

Hanya dalam mazhab SyafiI mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak SyafiI menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.

Secara ringkas dalil-dalil yang digunakan dalam fiqh Syafiiy

Dalil alQur'an:
alMaidah: 6
anNisaa': 43
Jumhur ulama' (Nailool Awthor 1/23) mentafsirkan mulamasah dalam ayat itu dengan jelas bermaksud bersentuh kulit.

Hadis: Imam Syafi'iy ra , alUmm 1/12 meriwayatkan hadis dari Imam Malik dari Ibn Syihab dari Salim bin Abdillah dari ayahnya," sesiapa yg mencium isterinya atau menyentuh (isterinya) dengan tangan nya, hendaklah ia berwudhu'."
Imam alBaihaqee meriwayatkan dari Ibn Mas'ud ra dengan lafaz,"mencium (isteri) itu termasuk 'Lams' (menyentuh) dan hendaklah ia berwudhu'. Lamsu itu bukan jima'." (Nailool Awthor, 1/231)


Adapun hadis HR Abu Daud dan aNasa'iy dari Aisyah ra, "bahawa Nabi saw telah mencium salah seorang isterinya dan tidak wudhu' lagi."
Kritikan terhadap hadis ini:
Abu Daud: hadis ini mursal (Nailool Awthor, 1/231)
Termidzi: dha'ef menurut syarat Bukhari (Subulus Salam 1/65)
Kitab Bulughul Maram (ms 12) hadis in dikeluarkan oleh Imam Ahmad yg mana statusnya dha'ef menurut alBukhari.
Itulah hujah fiqh Syafi'iy mengenai batalnya wudhu' jika menyentuh isteri. Allahu a'alam

Jadi yang mana patut kita ikut?

 

Yang mana patut ikut itu terpulang kepada individu. Ini kerana setiap pendapat di atas bersandarkan al-quran dan hadis. Mereka menggunakan dalil dgn cara yg berlainan. Oleh sebab itu, pelbagai pendapat  yang berbeza diberikan. Namun utk memakai pendapat yg mana kita haruslah mengetahui dalil2 yg digunakan. Ini sudah masuk ke isu takliq. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan takliq sila lihat persoalan takliq dan talfiq dalam bahagian persoalan. Allahu alam.

BAB IBADAT