KEUNGGULAN ISLAM
Perbezaan Antara Hadith dan Hadith Qudsi

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan

bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan

mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan

diriwayatkan daripadanya.

 

Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada

Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw

menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau

susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang

hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan

juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.

 

Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala

hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan

sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min

Majmu'ah al-Hafid]

 

Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:

 

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,

maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan

dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa

janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia

menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak

dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat

Bukhari & Muslim)

 

Rasulullah saw bersabda:

 

"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya

di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari &

Muslim)