KEUNGGULAN ISLAM
Abdullah Ibn Abbas

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Abdullah ialah anak Abbas, bapa saudara Nabi SAW. Beliau dilahirkan tiga tahun sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Apabila Nabi SAW wafat, Abdullab baru berusia tiga belas tahun. lbunya bernama Lubahah binti Harith yang terkenal dengan panggilan Ummu Fadhal. Ahdullah lahir beberapa tahun sebelum hijrah.

        

Ketika beliau dilahirkan, ibunya membawanya pergi berjumpa Nabi SAW yang mana baginda meletakkan sedikit air liurnya ke atas lidah bayi itu sebelum Abdullah mula menghisap susu. Ini adalah permulaan ikatan yang erat di antara Abbas dan Nabi SAW yang rnenjadi bahagian daripada kebaktian dan kecintaannya sepanjang hayatnya.

 

Apabila Abdullah mencapai usia baligh, beliau menyerahkan dirinya untuk berkhidmat kepada Nabi SAW.  Beliau selalu rnengambilkan air ketika baginda ingin berwudhu. Sewaktu solat, beliau akan berdiri di belakang Nabi SAW untuk berjamaah bersama baginda, apabila Nabi SAW pergi mengadakan perjalanan atau bermusafir, beliau turut sama bepergian bersama baginda. Dengan demikian, Abdullah menjadi seperti bayang-bayang Nabi, sentiasa berada di samping baginda.

 

Dalam semua situasi ini, beliau sentiasa mengambil perhatian dan mengingati apa saja yang dilakukan serta diucapkan oleh baginda SAW. Hatinya penuh bersemangat dan pemikiran mudanya masih bersih serta tidak bercelaru, mengingati setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasulullah SAW dengan kebolehan dan ketelitian. Dengan cara ini dan melalui pengkajiannya yang berterusan setelah  itu, sebagaimana kita akan lihat nanti, Abdullah menjadi salah seorang dan sahabat Nabi SAW yang paling berilmu   dan meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAW yang sentiasa berada di dalam ingatan generasi Muslim selepas itu.

Diriwayatkan bahawa beliau meriwayatkan kira-kira seribu enam ratus enam puluh hadith-hadith Rasulullah SAW yang dicatit dan disahihkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

 

Nabi SAW kerap mendekatkan Abdullah yang masih kanak-kanak itu pada diri baginda. Pada suatu hari Rasul memanggil Abdullah yang sedang merangkak-rangkak di atas tanah, menepuk-nepuk bahunya dan mendoakannya:

 

Ya Allah, jadikanlah Ia seorang yang mendapat pemahaman mendalam mengenai agama Islam dan berilah kefahaman kepadanya di dalam ilmu tafsir.

        

Sesudah itu, banyak kali Rasulullah SAW mengulangi doa tersebut untuk anak saudaranya itu dan kemudian Abdullah ibnu Abbas rnenyedari bahawa seluruh hidupnya haruslah dihabiskan untuk mengejar ilmu pengetahuan. Nabi SAW juga mendoakan beliau agar bukan saja mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman bahkan juga hikmah dan kebijaksanaan. Abdullah menceritakan peristiwa berikut mengenai dirinya:

 

Suatu ketika Nabi SAW hendak mengambil wudhu,  maka aku bersegera mendapatkan air untuknya. Baginda gembira dengan apa yang telah aku lakukan itu. Sewaktu baginda hendak memulakan solat, baginda menunjukkan isyarat supaya aku bendiri di sebelahnva. Namun, aku  berdiri di belakang baginda. Setelah selesai solat, baginda menoleh ke arahku lalu berkata:

 

Hai Abdullah, apa yang menghalang engkau dari berada di sebelahku?Aku berkata: Ya Rasulullah, engkau terlalu mulia dan terlalu agung pada pandangan mataku ini untuk aku berdiri bersebelahan denganmu.

      

Rasulullah SAW mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa:

        

Ya Allah, kurniakanlah ia hikmah dan kebijaksanaan dan berikanlah perkembangan ilmu daripadanya.

       

 Tidak syak lagi doa Rasulullah SAW itu dikabulkan  untuk Abdullah yang masih muda belia, dan hal ini dibuktikan dengan berlalunya masa di mana Abdullah  memiliki kebijaksanaan yang melebihi usianya. Tetapi hikmah itu hanya datang dengan kebaktian dan  kesungguhan mengejar ilmu pengetahuan di masa Nabi SAW masih hidup dan selepas kewafatan baginda.

   

 Di zaman Rasulullah SAW, Abdullah tidak pernah  meninggalkan majlis-majlis yang diadakan oleh baginda, dan beliau sentiasa mengingati apa saja yang diucapkan oleh baginda SAW. Setelah Rasulullah SAW wafat, beliau sentiasa berusaha pergi menemui seberapa ramai sahahat yang mungkin terutamanya para sahabat yang mengenali Nabi lebih lama dan beliau mempelajari apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW kepada mereka semua. Setiap kali beliau mendengar bahawa seseorang mengetahui mengenai sesuatu hadith Nabi SAW yang tidak diketahuinya, beliau segera pergi menemui orang itu dan mencatit hadith  tersebut. Beliau selalu meneliti dan menyelidiki hadith-hadith yang diterimanya dan akan membandingkannya dengan lain-lain laporan yang diterimanya. Beliau selalu pergi mendapatkan para sahabat lain sehingga tiga puluh orang untuk mengesahkan satu-satu persoalan yang  didapatinya itu.

 

Abdullah menerangkan apa yang telah dilakukannya setelah beliau mendengar bahawa salah seorang sahabat Rasulullah SAW mengetahui suatu hadith yang tidak diketahui olehnya:

 

Aku pergi menemuinya sewaktu dia tidur siang dan membentangkan jubahku di pintu rumahnya. Angin  meniupkan debu ke atas mukaku sewaktu aku  menunggunya bangun dan tidurnya. Sekiranya aku ingin,  aku boleh mendapatkan keizinannya untuk masuk dan tentu dia akan mengizinkannya. Tetapi aku lebih suka  menunggunya supaya dia bangun dalam keadaan segar  kembali. Setelah ia keluar dan mendapati diriku dalam  keadaan itu, dia pun berkata: Hai sepupu Rasulullah! Apa jadi dengan engkau ini?  Kalau engkau mengirimkan seseorang kemari, tentulah aku akan datang mendapatkanmu Aku berkata: Akulah yang sepatutnya datang rnendapatkan engkau, kerana ilmu itu dicari, bukan datang sendiri. Aku pun bertanya kepadanya mengenai hadith yang diketahuinya itu dan mendapatkannya daripadanya
 
bersambung....