Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
HUKUM MELABUHKAN PAKAIAN

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Hadis Abu Hurairah r.a:
Aku melihat seorang lelaki melabuhkan kainnya, beliau menghentakkan kakinya ke bumi. Lelaki itu ialah pembesar Bahrain. Beliau mengucapkan: Pembesar datang, pembesar datang. Sementara itu, aku mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan memandang orang yang melabuhkan kainnya dengan perasaan bongkak
 
Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah tidak akan memandang orang yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong
 
Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan, beliau begitu bangga dengan juntaian rambutnya serta kejantanannya, tiba-tiba beliau ditenggelamkan oleh bumi, maka beliau pun terbenam di dalam bumi sehingga ke Hari Kiamat

HR Bukhari-Muslim, satu dari Ibn Umar dan satu lagi dari Abu Hurairah ra. Kedua-dua hadis itu ada secara jelas menyebut, 'melabuhkan kain kerana sombong.'
Imam Syawkani (Nailool Awthor 2/111) melabuhkan isbal (hujung kain) dengan tujuan kesombongan itulah yg haram. Jika bukan untuk tujuan itu maka dibolehkan. Dalam erti kata, sunnah berpakaian ialah tidak melabuhkan hujungnya. Syafi'ah: pendapat yg asah dalam madzhab ini ialah makruh melabuhkan kain. (Raudhah Nadhiah 2/216)