Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
KESAHIHAN HADIS BERKAITAN FADHILAT TARAWIH

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Hadis fadhilat tarawih pada malam-malam tertentu adalah hadis maudhu'.
 
Ini sudah disahkan oleh pakar-pakar hadis tempatan, antaranya Ustaz Asri Hj Yusof (Dewan Pengajian Ibn Qayyim), alMarhum Ustaz Abd Ghani Hj Idris (Hadis2 Dha'ef dan palsu) bahawa hadis fadhilat malam2 tarawih dari Ali KW itu adalah Maudhu' (palsu). Pihak JAKIM sudah dimaklumkan akan hal ini supaya menarik balik hadis2 ini dari disampaikan baik di media cetak, elektronik atau dari ditampal di mesjid2 atau disampaikan dalam kuliah2 agama. WaLlahu a'alam
Hadis tersbt bukan hadis sahih, bermakna sanadnya ada masalah atau matannya ada yang cacat. Jika sanadnya bermasalah bermakna ia tidak sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak sampai juga kepada Ali r.a. Natijahnya: Hadis berkenaan tidak dapat diterima, sekalipun ia mengatasnamakan Rasulullah s.a.w atau Ali r.a. atau lain-lain.

Bagaimana ia dapat kita terimapakai atas peribadi Ali r.a. sedangkan sanadnya bermasalah? Atau matannya?

Jika matannya yang cacat, ini sudah jelas tidak dapat dipakai.

Tidak kira samada soal aqidah ataupun soal hukum fikah atau fadhilat amal, jika hadis itu dhaif, tidak boleh diriwayatkan sesuka hati. Jika mahu juga meriwayatkan, hendaklah disebutkan cacat celanya. Jika tidak, haram.

Memang ada disebutkan bahawa mubtadi' dlm bidang hadis boleh meriwayatkan hadis yang masih tidak diketahui rijalul hadisnya (spt yg kita hadapi skrg), tetapi hendaklah menggunakan `sighat tamridh', spt "diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. begini..." Jika kita terima ini, maka tidak mengapa bagi orang yang mengerti dalam bidang hadis, kerana mereka tahu jika begitu cara periwayatannya bermakna tidak diketahui rijalnya lagi.

Tetapi bagi orang awam, jika kita menggunakan `sighat tamridh', maka mereka akan terus menganggapnya bahawa ia sudah pasti dari Rasulullah s.a.w.

Jika utk fadhai'l a'mal, memang sebahagian ulamak membenarkannya tetapi bukan secara mutlak tetapi dengan beberapa syarat yg ketat.

alQardhawi (Kaifa nata'amul ma'a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil:

Pertama: mempastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)

Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith

Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur'an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

Imam Syafi'iy yang mulia telah berpesan," Iza Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia
tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam):
Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca # 2, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya yang  terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).

Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah neraca-neraca ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya.  Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat diNeraka."

BAB IBADAT