Jawab: Tembakau hanya muncul pada abad ke 10 Hijriah, maka hukum ke atasnya adalah pelbagai memandangkan maklumat dan kesannya ke atas manusia tidak dapat diketahui dgn pasti. Hukumnya: ada yg mengatakan haram, makruh tahrim, makruh tanzih, atau harus. Pendetailannya tidak perlu di sini, kerana kita terpaksa mengenepikan pendapat-pendapat di masa lalu kerana ulama' di masa itu kekurangan maklumat dan fakta terutama dari sudut sains kesihatan. Kita hanya akan fokuskan kepada pendapat fukaha' abad ini sahaja. Antaranya: 1. Syaikh Hasanain Makhluf (mantan Mufti Mesir) yg menetapkan ada dua hukum bergantung kepada faktur mafsadat (mudharat) terhadap seseorang dan keluarganya. Jika merokok mendatangkan mafsadat kesihatan, mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya, maka hukum merokok ke atasnya adalah haram. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafakah keluarga (Fatwa Syar'iyah, Jld 2) 2. Fatwa Kerajaan Arab Saudi: Haram 3. Fatwa Syaltut-mantan rektur AlAzhar yg menyatakan," walaupun merokok tidak menjadikan seseorang itu mabuk (spt kesan khamar) atau rosak akal (spt narkotik), tapi terbukti merokok merugikan dan merusakkan kesihatan perokok dan orang yg berinteraksi dgnnya. Dalam Islam ketentuan hukum halal/haram tidak semestinya diputuskan dgn nas sahaja, ia juga boleh ditentukan oleh kawaid syara'. Maka jelaslah hukum merokok itu dilarang dan tidak disukai oleh agama (Fatawa Islamiah) 4. Fatawa Qaradawi: memilih hukum haram atas alasan dan hujah yg kukuh mengikut kaedah syara' dan diperkuatkan oleh fakta sains perubatan. Oleh kerana haram ini ada banyak jenis dan kategori, alQaradawi lebih memilih hukum haram yg ringan dan ia hendaklah dikuatkuasakan secara tadarruj (beransur-ansur). AlQardhawi (Fatawa Mu'asirat) antara lain memberi beberapa alternatif: - Haram hukum merokok kepada yang belum mencuba merokok atau perokok baru yang masih belum ketagih - Makruh kepada yang sudah ketagih tapi masih boleh berhenti jika berusaha - Harus kepada yang sudah sebati dengan rokok, meninggalkan amalan merokok akan mendatangkan kesan sampingan yang lain seperti lemah badan, sasau dsbnya
5. Fatawa beberapa negeri di Malaysia, antaranya Selangor dan Kedah yg menyatakan haramnya. Thtl
LAIN-LAIN |