Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
BAB KIBLAT PENDUDUK MADINAH IALAH ANTARA TIMUR DAN BARAT.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, begitulah berdasarkan hadith Turmudzi:

 

Sumber Abu Hurairah daripada Nabi s.a.w., sabdanya: Pihak antara timur dan barat ialah kiblat (penduduk Madinah).

 

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Ramai para Sahabat yang meriwayatkan Hadith ini, antaranya Umar B. AI-Khattaabi Ali B. Abu Taalib dan Abdullah B. Abbaas. Turmudzi sendiri mengeluarkan Hadith Shahiih dan Lemah sekitar tajuk  ini.

 

Ibnu Umar menjelaskan maksud Hadith ini ialah seseorang hendaklah menempatkan pihak timur di sebelah kiri dan pihak barat di sebelah kanan; kemudian dia mengambil jalan tengah, maka itulah arah kiblat.

 

Manakala Ibnu Al-Mubaarak mengambil arah ke kiri sedikit bagi kiblat penduduk Mrv (utara Parsi), di mana beliau memahamkan maksud Hadith ialah bagi penduduk timur sahaja.