KEUNGGULAN ISLAM
BAB PERMULAAN DISYARAKAN KIBLAT.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, sebelum Nabi s.a.w. berpindah ke Madinah, semasa berada di Makkah, beliau dan para Sahabat berkiblatkan ke Kabah; dan demikianlah dia disyari atkan, sehinggalah apabila berhijrah ke Madinah, maka beliau diperintah berkiblatkan ke Bait Al-Maqdis sehinggalah tiba perintah yang baru, berdasarkan H.T. (H.Ke­22,hal. 8-9):

 

Sumber Al-Baraa  katanya: Di kala mula datang ke Madinah, Rasulullah s .a. w. bersembahyang dengan mengadap ke pihak Bait Al-Maqdis, selama enam atau tujuh belas bulan (untuk menarikkan orang-orang Yahudi); dan adalah Rasulullah s.a.w. gemar mengadap ke Kabah; kerana itu Allah Azza Wa Jail menurunkan Ayat: Qad nara ... al-haraam. Sungguhnya Kami nampak muka engkau berbalik-balik ke langit (kerana inginkan perintah berhadap ke Kabah), maka Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau gemari .[Al-Baqarah:144]; maka beliau s.a.w. pun mengadap ke Kabah; dan adalah beliau menggemari demikian.

 

Masalah:Adakah penintah berkiblat ke Bait AI-Maqdis itu anjuran AI-Quran atau Ijtihad Nabi s.a.w.?

Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Mazhab Syafii mempunyai dua pendapat.iaitu ada pihak yang mengatakan mengikut Al-Quran; dan ada pula yang mengatakan mengikut Ijtihad Nabi s.a.w. Menurut A/-Qaadhi Iyaadh: Bukan dengan Al-Quran tetapi ialah dengan As-Sunnah.

 

Masalah: Adakah A1-Quran itu menasakhkan As-Sunnah?

Kata Imam An-Nawawi: Menurut Al-Qaadhi lyaadh, kebanyakan ulamaa mengatakan bahawa mengadap ke Bait Al-Maqdis itu ialah dengan As-Sunnah, maka ketetapan ini boleh menelorkan bahawa Al-­Quran itu dapat menasakhkan As-Sunnah, di mana dia menjadi pegangan ulamaa Ushul Al-Fiqh yang kebelakangan dan menjadi suatu pendapat Imam Syafii. Manakala suatu golongan menolak keadaan ini dengan mengatakan Al-Quran tidaklah boleh menasakhkan As-Sunnah; sebab fungsinya memberi penjelasan kepada Al-Quran, maka bagaimana dia boleh menasakhkannya pula. Mereka ini berpendapat kiblat ke Bait Al-Maqdis itu ialah dengan wahyu Al-Quran, di mana Allah berfirman:

 

Dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang dihadapi [Al-Baqarah:143]

 

Masalah: Bolehkah A1-Quran itu dinasakhkan oleh As-Sunnah?

Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Kebanyakan ulamaa mengatakan boleh; manakala Imam Syafii menolaknya.

 

Masalah: Nabi s.a.w. menyukai Kabah menjadi kiblat.

Ya saudaraku,  Nabi s.a.w. mengadap ke Bait Al-Maqdis semata-mata menjunjung perintah Allah di samping mengharapkan kalau-kalau orang Yahudi tertarik untuk memeluk Islam; akan tetapi nampaknya mereka masih berdegil menyebabkan Nabi s.a.w merindui untuk mengadap kembali ke Kabah sebagai kiblat. Sebab itulah Al-Baraa berkata:

 

Dan adalah Rasulullah s.a.w. suka berhadap ke Kabah.

 

Masalah: Nabi s.a.w. memandang-mandang ke langit kerana menantikan wahyu.

Ya saudaraku, sesudah Nabi sangat ingin berkiblatkan Baitullaah di Makkah, maka beliau bersabda kepada Jibril a.s.: Wahai Jibri/, suka/ah saya kiranya Tuhan memalingkan kiblat ke Kabah.  Maka Jibril menjawab: Wahai Muhammad, saya juga adalah hamba Allah seperti tuan juga, tiadalah upaya bagi saya untuk membuat sesuatu.

Maka Jibril pun naik ke langit; dan tinggallah Nabi s.a.w. dalam keadaan sentiasa memandang-mandang ke langit kerana mengharapkan turunnya wahyu yang membawa perubahan kiblat ke arah Kabah pula.

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Maka Allah pun lalu menurunkan Ayat 144 Al-Baqarah, bagaimana yang telah dipaparkan.

 

Masalah: Sesudah turun wahyu, Nabi s.a.w. menghadap ke Kabah.

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Demikianlah keperihalan Nabi s.a.w. sehingga kiblat ke Bait Al-Maqdis dinasakhkan dan ditukar kepada kiblat ke Ka bah.

 

Masalah: Adakah mengadap ke kiblat itu suatu Fardhu?

Kata Imam Syafii dalam Al-Umm: Mengadap ke kiblat itu adalah suatu kefardhuan bagi setiap sembahyang (Fardhu,Sunat atau sembahyang Jenazah); juga sujud Syukur atau sujud Tilaawah secara lebih sempurna.

 

Masalah: Apakah sembahyang yang mula-mula dilakukan sewaktu beralih kiblat ke Kabah?

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sembahyang yang mula-mula dilakukan ialah sembahyang Ashar oleh seorang lelaki berdasarkan Hadith Bukhari.. Kata Ibnu Al-Arabiy . Lelaki itu bernama Ubaadah B. Basyar;  dan ada pula yang mengatakan Ubaadah B.          Nuhaik. Manakala menurut sumber Abu Saiid B. Al-Mala bahawa sembahyang yang mula-mula dilakukan ialah sembahyang Dzuhur (Hadith Riwayat An-Nasaaiy).

 

Ibnu Sa d dalam kitab At-Tabagaat menceritakan bahawa Nabi s.a.w. sembahyang dua rakaat daripada 4 rakaat Dzuhur dalam masjid beliau bersama-sama umat Islam. Bila diperintahkan menukar kiblat, maka berpalinglah Nabi ke Baitullah; dan para jemaah pun beredar mengadap ke sana.

 

Di samping itu suatu sumber menyebutkan Nabi pergi menziarahi Ummu Basyar B.Al-Baraa B. Maruur di kalangan Bani Salamah, maka diperbuatkan makanan bagi beliau, sehingga datanglah waktu Dzuhur. Maka Nabi bersembahyang bersama para Sahabat sudah dua rakaat; kemudian turun perintah mengadap ke Kabah. maka mereka pun berpaling mengadap ke Miizaab, maka masjid itu dinamakan Masjid Al-Qiblatain (Masiid Dua Kiblat).

 

Masalah: Beredar dalam sembahyang kerana mengadap kiblat.

Ya saudaraku, kata Abu Isa At-Turmudzi: Sebaik-baik sahaja turun perintah rnengubahkan kiblat dan Nabi bersama Sahabat telah selesai sembahyang, maka orang lelaki keluar ke kebun-kebun mereka, tiba-tiba mereka melalui suatu kaum Anshaar yang sedang ruku ke kiblat Bait Al-Maqdis dalam sembahyang Ashar, maka mereka memberitahukan perubahan kiblat, di mana dengan pemberitahuan ini maka mereka pun beredar mengadap ke kiblat yang baru.

 

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sumber lain ialah daripada Ibnu Umar,Ibnu Abbaas,Ammaarah B. Aus,Amr B. Aauf Al-Muzani dan Anas. Manakala Imam Bukhari dan Muslim mengeluarkannya dalam Shahiih keduanya.

 

Masalah: Hukum beredar dalam sembahyang kerana mengadap kiblat.

Kata Imam An-Nawawi: Dalam Mazhab Syafii harus beredar dalam sembahyang tanpa memulakan sembahyang yang baru bila berlaku (diketahui) perubahan kiblat; termasuk perubahan ijtihad sehingga empat kali dalam satu sembahyang pun.

 

Masalah: Hukum mengadap kiblat selama dapat memandangnya.

Kata Imam Syafii dalam A1-Umm: Bagi orang yang dapat melihat Kabah dan Masjid A1-Haraam, atau dan mana­-mana bangunan (secara terus), dari gunung atau tanah lembahnya, maka dia diwajibkan mengadap betul-betul kepada din (am) Kabah. Manakala bagi orang yang berada jauh dan Kabah; atau dekat tetapi terdinding, maka diwajibkan cuma menghadap kepada arahnya sahaja.

 

Masalah: Hukum orang buta mengadap kiblat.

Kata Imam Syafii: Bagi orang buta yang tidak mendapat pertulungan orang lain untuk menentukan kiblat, hendaklah dia terus juga bersembahyang;dan hendaklah dia mengulangi sembahyangnya jika didapati arah kiblatnya salah.

 

Masalah: Hukum mengadap kiblat dalam keadaan gelap-gulita.

Kata Imam Syafii: Seseorang yang berijtihad (menggunakan segala cara mengesan) untuk mengadap kiblat; kemudian dia bersembahyang ke arah itu; tiba-tiba sesudah dia bensembahyang, didapati arah kiblat itu salah; maka hendaklah dia mengulangi semula sembahyangnya. Sebaliknya jika kemudiannya didapati arah kiblatnya betul, maka tidaklah perlu dia mengulangi sembahyangnya.

 

Masalah: Hukum ijtihad untuk mengadap kiblat.

Kata Imam Syafii: Seseorang wajib berijtihad bagi menentukan arah kiblat dengan apa eara pun termasuk menggunakan kedudukan cakerawala dan tiupan angin, di kala hendak melakukan sembahyang Fardhu.

 

Masalah: Hukum mengadap kiblat berlainan menurut ijtihad masing-masing.

Kata Imam Syafii: Bila tidak diketahui arah kiblat, maka setiap orang digalak berijtihad dan memegang keputusan ijtihad sendiri (yang dikira lebih baik) sekalipun bertentangan antara satu sama lain; dan sembahyangnya adalah shah; kecuali bila diketahui dengan pasti tersalahnya.