KEUNGGULAN ISLAM
BAB SEMBAHYANG MENGGUNAKAN SEHELAI KAIN (SARUNG).

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, sesuatu sembahyang itu shah bila cukup syarat shahnya sepenti menutup aunat sekalipun dengan sehelai kain, bendasarkan Hadith Turmudzi.

 

Sumber Umar B. Abu Salamah bahawasanya dia melihat Rasulullah s.a.w. bersembahyang di dalam rumah Ummu Salamah (isterinya) berbalut dengan sehelai kain.

 

Nabi s.a.w. pernah bersembahyang dalam keadaan berbalut menggunakan sehelai kain di mana ditarikkannya satu hujung kain dan celah ketiak kanan beliau dan dinaikkannya ke atas bahu kiri ; kemudian ditarikkannya satu hujung yang sebelah lagi dan celah ketiak kiri dan dinaikkannya ke atas bahunya yang kanan; kemudian dipertemukan dua hujung kain itu lalu disimpulkannya ke dadanya. Sesudah itu beliau lalu bersembahyang dalam keadaan tersebut.

 

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sumber lain ialah daripada Abu Hurairah, Jaabir, Salamah B .Al-Akwa ,Anas, Amr B .Abu Usaid, Ubaadah B .Ash-Shaamit, Abu Sa iid,Kaisaan, Ibnu Abbaas, Aaisyah, Ummu Haani, Ammaar B. Yaasir, Talq B.Ali dan Shaamit Al-Anshaari. Imam Bukhari dan Muslim mengeluarkannya dalam Shahiih keduanya.

 

Masalah: Hukum menutup aurat dalam sembahyang.

Ya saudaraku, menutup aurat dalam sembahyang itu wajib sekalipun dengan sehelai kain. Kata Abu Isa At-Turmudzi: Kebanyakan Ilmuwan kalangan Sahabat, Taabiiin dan selain mereka membolehkan sembahyang dengan menggunakan sehelai kain (kiranya dapat menutup aurat). Manakala sebahagian Ilmuwan mengatakan bahawa bagi seorang lelaki memerlukan dua helai kain: satu di pinggang dan satu di badan bersarung, berselimut atau sebagainya.

 

Masalah: Berapa helai kain yang utama bagi menutup aurat dalam sembahyang?

Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Nabi s.a.w. pernah bersembahyang dengan satu helai kain: pada satu waktunya semasa beliau ketiadaan kain; manakala pada suatu waktu lagi semasa beliau ada kain; tetapi bagi menunjukkan harusnya. Para ulamaa telah mengijmakan bahawa sembahyang di dalam dua helai kain adalah lebih utama, sekalipun hams dengan sehelai sahaja.

 

Masalah: Hukum sembahyang nampak aurat dan belakang.

Ya saudaraku, tiadalah batal bila ternampak dari jurusan belakang berdasarkan Hadith Bukhari:

 

Sumber Sahl B.Sad As-Saaidiy katanya: Adalah beberapa orang lelaki bersembahyang bersama Nabi s.a.w. dalam keadaan menyimpulkan kain-kain mereka ke leher mereka seperti kelakuan budak-budak (kain itu digantung jerut ke leher; tidak labuh sekira-kira sewaktu sujud boleh menampakkan aurat seperti paha dan belakang); dan Nabi bersabda kepada wanita-wanita (yang ada di belakang): Janganlah kamu mengangkat kepala-­kepala kamu (lebih dahulu) sehingga kaum lelaki duduk tegak (antara dua sujud).

 

 

Masalah: Hukum sembahyang bertelanjang atau terbuka aunat.

Kata Imam Syafii dalam Al-Umm: Hendaklah mengulangi sembahyang siapa yang terlibat, sama ada dia sedar atau tidak berlakunya. (ini berbeza dengan Jumhuur Al-Ulamaa yang memaafkan bila tidak disedari atau tidak diketahui berlakunya terbuka aurat atau ditimpa najis P).

 

Masalah: Batas aurat lelaki dan wanita dalam sembahyang.

Kata Imam Syafii dalam A1-Umm: Aurat lelaki dalam sembahyang ialah bahagian antara pusat dan lutut; dan tidaklah termasuk pusat dan dua lutut. Manakala aurat wanita pula ialah seluruh badannya selain dua telapak tangan (bahagian bawah) dan muka.

 

Masalah: Hukum bersembahyang dengan kain najis.

Kata Imam Syafii dalam Al-Umm: Hendaklah mengulang sembahyang bila bersembahyang dengan kain bernajis atau menanggung najis; demikian juga seseorang yang bersembahyang yang membawa (anak) anjing, babi, arak, darah (dalam botol), bangkai ataupun kulit bangkai tidak bersamak: sedikit atau banyak

 

Masalah: Hukum membawa binatang hidup dalam sembahyang.

Kata Imam Syafii: Jika seseorang membawa atau menanggung seseekor binatang hidup yang tidak dimakan dagingnya selain anjing dan babi, maka sembahyang itu sah; dan tidaklah perlu diulang. Jika binatang itu mati (menjadi bangkai), maka hendaklah diulang sembahyang itu. Adapun anjing atau dan babi itu, hukumnya sama: sama ada hidup atau mati (semuanya najis).

 

Masalah: Bolehkah bersembahyang di atas kain kanak-kanak?

Kata Imam Syafii: Pada dasarnya segala kain itu dikira suci termasuk apa sahaja kain yang dipakai kanak-kanak, sehinggalah ternyata adanya najis; demikian juga segala hamparan dan bahagian bumi (semuanya dikira bersih sehingga ternampak atau terbau najis). Tidaklah perlu mengulangi sembahyang sebab memakai kain kanak-kanak yang belum sempurna jagaan pakaiannya.

 

Masalah: Hukum terbuka aurat dalam sembahyang.

Kata Imam Syafii dalam A1-Umm: Seseorang yang dalam masa sembahyangnya terbuka aurat, sama ada dia tahu atau tidak (kecuali dia segera menutupnya bila diketahui terbuka), hendaklah dia mengulangi sembahyangnya.

 

Masalah: Hukum terbuka aurat dalam sembahyang dengan sebab angin.

Kata Imam Syafii dalam Al-Umm: Tidaklah diulangi sembahyang bila terbuka aurat disebabkan angin atau terjatuh, dengan syarat segera ditutup.

 

Masalah: Mana lebih balk sembahyang bercelana (berseluar) atau kain?

Kata Imam Syafii dalam Al-Umm: Harus sembahyang dengan celana bila boleh menutup aurat; dan mana-mana pakaian yang lebih menutup aurat adalah lebih baik. Di samping itu disukai sembahyang dengan serban (Jarang sekali kepala Nabi s.a.w. tidak bertutup dengan serban atau sesuatu tutupan P).

 

Masalah: Hukum sembahyang dengan baju panjang semata­mata (tanpa seluar yang menutup aurat) .

Kata Imam Syafii: harus jika butang lehemya dikancing atau disemat dengan sesuatu; ataupun diikat lubang leher. Sebaliknya jika seseorang bersembahyang dengan jubah yang tidak terkancing, maka wajib diulang sembahyangnya. Demikian juga jika tiada di atas baju itu serban atau sesuatu yang boleh menutupi lehernya sehingga ternampak auratnya (dari atas).

 

Masalah: Hukum sembahyang dengan baju panjang serta mengikat pinggang.

Kata Imam Syafii: Sah sembahyang bila bahagian pinggang diikat, di mana dia boleh menutupi aurat bagi lelaki.

 

Masalah: Hukum sembahyang dcngan kain berlubang.

Kata Imam Syafii: Jika seseorang sembahyang menggunakan kain yang berlubang (sekalipun kecil) atau terkoyak pada bahagian aurat, maka hendaklah diulangi sembahyangnya.

 

Masalah: Hukum sembahyang dcngan baju dan kain.

Kata Imam Syafii: Disukai seseorang yang bersembahyang itu memakai baju serta kain atau celana yang lebih menutup aurat. Manakala bagi wanita lebih disukai memakai baju kurung panjang yang agak longgar (tidak ketat yang boleh menampakkan perawakannya P).