KEUNGGULAN ISLAM
MENGAPAKAH ADA YANG MENGATAKAN JEMAAH TABLIGH ITU TIDAK BETUL?

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Terima kasih dengan soalan saudara. Dan kita menghormati mereka yang menjadi kebenaran dan ingin berada di jalan Allah yang sebenarnya. Namun begitu alngkah baik kiranya mereka yang bertanya melampirkan bersama nama sekali. Kerana kami bimbing kalau2 persoalan ini hanya timbul kerana ingin membuat havoc. Sekiranya belum berdaftar, daftarlah dahulu baru bertanya. Namun begitu kami akan cuba menjawab persoalan ini dengan baik secara neutral.

JT atau jama'ah Tabligh diasaskan oleh Mawlana Muhammad Ilyas (lahir 1885M di Kandhala India) pada tahun 1930 di Meerut dan kemudian ibu pejabat JT sekarang ialah di Nizamudin, India. Sekarang gerakan JT dipimpin oleh anaknya Mawlana Muhammad Yusof alKandhalawy dan mempunyai pengikut yg ramai di seluruh dunia termasuk USA dan EU. Ijtima' (atau perhimpunan tahunan) di Raiwand Pakistan adalah perhimpunan JT yg terbesar selepas selepas perhimpunan Haji di Mekah. Ijtima' di India dan Bangladesh juga adalah besar sekali.

Konsep asal gerakan JT menurut Mawlana Ilyas adalah amat mudah, iaitu membantu golongan Mewatis (peladang miskin India) yg hidup bersama-sama masyarakat Hindu dan masih mengamalkan banyak amalan dan adat Hindu dalam kehidupan harian. Peranan gerakan Islam & politik diambil alih oleh Mawlana Maudoodi yg menubuhkan Gerakan Jama'at-e-Islami yg akhirnya berjaya menubuhkan Pakistan Barat dan Pakistan Timur (Bangla).

Jemaah Tabligh merupakan salah satu jemaah yang giat melakukan dawah dalam menegakkan syiar Islam. Sepertimana gerakan lain, JT juga mempunyai ideologi atau konsep dakwah mereka tersendiri. Di antaranya tidak melibatkan diri secara langsung dengan politik. Mereka lebih menumpukan kepada dakwah dalam mengajak orang ramai ke jalan Allah seperti solat berjemaah, meninggalkan kemungkaran dan lain2. Mereka tidak malu untuk berjalan dikalangan manusia dan ke rumah2 dalam mengerjakan dakwah mereka. Berkat dari usaha mereka telah ramai yang tertarik kepada dakwah mereka. Apatah lagi mereka yang tertarik itu, sebelum ini bergelumang dengan dosa2. Banyak juga ahli2 mereka ini terdiri dari banduan yang telah insaf. Alhamdulillah dgn dakwah JT ini, wujudlah satu kelompok manusia yang insaf dan bertaubat.

Namun tidak dinafikan terdapat beberapa kesilapan yang berada di dalam JT sehinggkan terdapat fatwa2 oleh ulama yang tegas mengharamkan terus JT ini. Ada beberapa majlis agama tempatan spt Melaka yg mengharamkannya, manakala pejabat Mufti Perlis telah mengeluarkan kenyataan yg keras terhadap dakwah JT. Bahkan ada yang menggolongkan mereka di kalangan 72 golongan yang sesat seperti di dalam hadis:

Mengapakah mereka mengatakan demikian. Golongan2 yang mengharamkan Jt ini adalah kerana beberapa sebab, antaranya:

1) Pengamalan bidah yang banyak di kalangan mereka

2) Pengamalan hadis dhaif yang banyak.

3) Sikap sesetengah dari JT yang taksub kepada ketua mereka

4) Sikap sesetengah mereka umpama mementingkan India lebih dari Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Tetapi harus di ingat bukanlah semua ulama atau jabatan fatwa mengatakan JT ini haram. Mereka tidak menjatuhkan hukum ke atas JT ini sebagaimana sesetengah golongan yang tanpa tolak ansur mengharamkan JT ini. Syeikh Abdul Aziz bin Baz pernah ditanya mengenai jamaah2 Islam yg ada skrg ini. Beliau menjawab, jika ia menepati al-Quran dan al-Sunnah maka kita hendaklah membantunya. Manakala jika ia menyalahi keduanya spt mengandungi ajaran dan amalan bid'ah dsbnya, maka ia wajib dijauhi. Tidak kira samada ia ikhwan, jamaah tabligh dsbnya

Namun begitu mereka sepakat akan kewujudan perkara-perkara yang tidak menurut hukum syara yang sebenarnya. Walaupun begitu mereka hanya berkata tidak salah sekiranya mengikuti JT ini sekiranya kita mempunyai ilmu Islam yang cukup. Kerana dengan ilmu itu kita dapat menepis perkara yang salah dan seterusnya mengajar mereka yang lain. Mereka juga menghormati usaha JT ini dan bersyukur akan kewujudan JT ini yang telah banyak berjasa kepada Islam sehinggakan mereka berjaya menarik ramai orang yang bukan Islam untuk memasuki agama Allah yakni Islam yang suci ini.

Pada pendapat kami, tidaklah kami katakan JT ini sebagai satu jemaah yang nyata sesat. Bahkan kami menghargai usaha mereka. Kami juga tidak melarang sesiapa yang ingin menurut serta mereka dalam berdakwah. Namun begitu, ilmu adalah sangat penting. Kita tidak boleh beramal tanpa ilmu kerana itu adalah merbahaya. Oleh yang demikian, dalam usaha berdakwah bersama JT, rujuklah kepada mereka yang berilmu berkaitan amalan2 JT. Ketahuilah juga hadis dhaif dan maudhu tidak boleh di ambil mudah. Sekian.

Wassalam.

BAB UMUM, ISTILAH DAN MAZHAB