KEUNGGULAN ISLAM
BAB SEMBAHYANG TIDAK DAPAT DIPUTUSKAN OLEH LINTASAN SESEORANG.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, begitulah berdasarkan Hadith Turmudzi:

 

Sumber Ibnu Abbaas katanya: Adalah saya tumpang menaiki keledai betina di belakang Al-Fadhl, kami tiba di kala Nabi s.a.w. sedang bersembahyang bersama para sahabatnya di Mina.

Ibnu Abbaas menyambung: Maka lalu kami turun daripada kenderaan, lalu kami menyambung shaf, maka kenderaan itu melintas di hadapan mereka;tetapi tiadalah membatalkan sembahyang mereka.

 

Secara lanjutnya Al-Marbawiy menceritakan:

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbaas ra, katanya; Adalah aku seorang yang menunggang di sebelah belakang saudaraku Al-Fadhl B. Abbaas di atas keledai betina semasa kami mengerjakan Haji Al-Wadaa (Perpisahan) bersama Rasulullah s.a.w., maka kami pergi mendapatkan Rasulullah, iaitu di kala beliau sedang bersembahyang bersama sahabat di Mina.

 

Maka kami pun turun dan kenderaan, lalu kami lepaskan keledai itu agar dia pergi makan dan jauh dan kami. Lantas kami menyambung shaf sembahyang bersama Rasulullah secara benjemaah; tiba-tiba keledai kami itu melintas di hadapan orang-­orang yang sedang bersembahyang; tetapi tiadalah dia membatalkan sembahyang mereka dan tiadalah siapa pun mengatakan sesuatu, sama ada Nabi atau para Sahabat.

 

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sumber lain ialah daripada Sayyidah Aaisyah,Fadhl B. Abbaas dan Ibnu Umar. JH-SJ. Manakala Imam Bukhari dan Muslim mengeluarkan dalam Shahiih keduanya.

 

 

Masalah: Perlukah diletakkan sutrah di tempat bukan laluan manusia?

Ya saudaraku, kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Dalam Mazhab Syafii disyarakan sutrah secara umum bendasarkan keumuman Hadith dan kepentingan bagi memelihara pandangan dan laluan syaitan.

 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

 

Janganlah engkau bersembahyang melainkan (mengadap) kepada sutrah; dan janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan engkau, maka jika dia enggan, hendaklah engkau perangi; kerana sungguhnya bersamanya syaitan. [Hadith Riwayat: Ibnu Khuzaimah: Jayyid:Bagus]

 

Masalah: Haruskah menunggang binatang berdua -tiga orang?

Ya, berdasarkan Hadith tadi menunjukkan harus menunggang seekor kenderaan itu dengan dua orang menurut kemampuannya. Di samping itu ada pula Hadith yang menunjukkan harus menunggang bertiga orang.

 

 

 

Masalah: Batalkah sembabyang yang dilintasi dalam sutrah?

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Kebanyakan Ilmuwan kalangan Sahabat Nabi dan Taabiin mengamalkan Hadith ini,dan mereka mengira tidaklah batal sembahyang yang dilintasi di hadapannya. Demikian juga pegangan Imam Syafii dan Sufyaan At/i-Thauriy.