KEUNGGULAN ISLAM
BAB SEMBAHYANG DENGAN MENGADAKAN SUTRAH (Adangan) DI HADAPAN.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, Syara menyuruh sesiapa yang hendak bersembahyang di tempat yang mungkin dilalui orang (baik dalam masjid atau di luarnya) agar mengadakan sutrah atau sesuatu adangan atau sekatan di hadapan berdasarkan Hadith Turmudzi:

           

Sumber Talhah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang kamu meletakkan di hadapannya (sutrah) seperti hujung pelana unta, maka hendaklah dia bersembahyang;dan janganlah dia perduli sesiapa yang melalui di belakang pelana itu.

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Dalam bab ini terdapat Iagi Hadith surnber Abu Hurairah, Sahl B.Abi Hathmah, Ibnu Umar, Sibrah B. Mabad, Abu Juhaifah dan Aaisyah. Imam Muslim mengeluarkannya dalam kitab Shahiihnya.

 

Masalah: Hukum sutrah di hadapan orang yang sembahyang.

Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Berdasarkan Hadith ini menunjukkan sunat meletakkan sutrah di hadapan seseorang yang bersembahyang; sekurang-kurangnya setinggi hujung pelana unta, iaitu dua pertiga hasta.

 

Masalah: Bahan-bahan sutrah.

Kata Imam An-Nawawi: Berupa sesuatu yang dapat didiri atau diletakkan di hadapan seseorang yang bersembahyang seperti tongkat, kayu, kumpulan batu atau tanah (jika sembahyang di atas tanah atau pasir P), atau barangan;(jika tiada) boleh juga tikar atau hamparan sembahyang; pun juga digariskan satu garisan (sebagai langkah terakhir).

 

Masalah: Apakah guna sutrah?

Kata Imam An-Nawawi: Guna sutrah ialah untuk menghalangi pemandangan mata orang yang bersembahyang agar selalu di tempat sujud dan untuk menghalangi orang dan melintas di hadapan sutrah yang dapat mengganggu kekhusyukan sembahyang.

 

Masalah: Apakah hukum garisan sutrah?

Kata Imam An-Nawawi: Berdasarkan Hadith di atas, Al-Qaadhi Iyaadh menolak garisan sebagai sutrah. Manakala Imam Ahmad b. Hanbal menerimanya; sedang dia adalah lemah. Menurut Al-Qaadhi Iyaadh bahawa Imam Malik juga menolak garisan sebagai sutrah.

 

Masalah: Bagaimana bentuk garisan sutrah?

Kata Imam An-Nawawi: Para ulamaa mempunyai berbagai pendapat: garisan melengkung sebagai mihrab, lurus ke kiblat, dan garisan dari kanan ke kiri.

 

Masalah: Adakah sutrah imam terpakai serentak sebagai sutrah mamum?

Ya saudaraku, kata Abu Isa At-Turmudzi: Ilmuwan mengira mamum tidak perlu lagi membuat sutrah masing-masing bila imam telah membuat suatu sutrah di hadapannya.