Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
Bab mengambil yang halal meninggalkan yang syubhat

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati

15/11/2002
Pendahuluan:
Hadis ini di riwayatkan oleh an-Nukman bin Basyir r.a. Di dalam hadis ini jelas nyata apa yang nak di beritahukan kepada kita. Secara terang dan jelas Rasulullah SAW telah mengajar kita bukan hanya apa yang hala dan haram bahkan syubhat. Untuk memudahkan pemahaman umatnya, baginda membuat contoh yang jelas. Hadis ini adalah hadis shahih. Saya insyaAllah akan menghuraikan lagi agar kita dapat berkongsi.
Dalam proses penguraian, kita akan dalami sikit demi sedikit. InsyaAllah.
 
Keterangan Hadis:
Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas.
 
     Dalam potongan Hadis tersebut jelas menyatakan bahawa setiap perkara yang halal dan haram itu telah jelas. Al-Quran dan Hadis telah memberitahu kita yang mana yang haram dan yang mana yang halal. Oleh kerana itu, perkara yang jelas hukumnya tidak boleh disangkal sama sekali. Kita ambil contoh buah rambutan misalnya, tidak ada orang di dalam dunia ini menyatakan benda itu haram kerana telah jelas bahawa buah itu halal. Begitahu juga sebaliknya. Adakah di antara kita yang mengatakan babi itu halal? Sudah pasti tidak. Kerana Allah telah pun tetapkan sedemikian.
     Di dalam dunia ini sekarang, pelbagai benda umat Islam terlibat dalam perkara yang haram. Secara tidak sengaja mahupun sengaja. Kalau sengaja tu memang mencari nahas.  Minum arak contohnya, umat Islam skrang bukan setakat minum, bahkan bangga dengan perbuatan haram laknatullah itu. Menunjuk2 kpd org ramai, ustaz dan lain2. Siapakah yang mereka nak tunjuk samseng. Kepada org ramai? Ketahuilah bahawasanya mereka ini bukan mencabar manusia lain tetapi mencabar Allah. Ingat, Allah berhak buat apa2 kepada hambanya. Dengan hanya mengatakan "Kun fayakun" maka binasalah mereka.Seperti yang tertera di dalam  Surah Yaasin, ayat 82 yang bermaksud;
'Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya, apabila Ia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu:"Jadilah engkau!".Maka ia terus terjadi.'
     Contoh yang tidak sedar adalah riba. Riba merupakan satu gejala yang satu ketika dahulu mmg tak dapat dielakkan. Tiada bank yang menggunakan sistem Islam. Tapi itu dahulu. Sekarang sudah ada. Bank Islam, Bank Muamalat dan lain2. Bahkan bank2 seperti maybank juga telah memulakan sistem Islam. Maka tiada alasan untuk seseorang 
menghindarkan diri dr riba. Sesungguhnya riba merupakan salah satu dosa besar seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah:
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina. 
 
 
bersambung....
 
17/11/2002
 

Alhamdulillah, pada kali ini kita akan sambung dengan potongan hadis seterusnya, insyaAllah.

 

Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai.

 

Memang tak dapat dinafikan, tidak semua perkara telah Allah dan Rasul nyatakan sama ada halal atau haram sesuatu itu. Namun begitu tak bermakna apabila Allah dan Rasul tidak mengatakan mengenainya, perkara itu halal. 

Dalam menyelesaikan masalah2 halal dan haram yang tidak jelas pada zaman ini, kita bergantung harap kepada badan-badan yang bertangungjawab untuk mengeluarkan fatwa. Kalau di Malaysia contohnya, kita mempunyai jabatan fatwa negeri manakala di Europe, ada European Council For Fatwa and Research yang diketuai oleh Profesor Yusuf al-Qaradawi. Seorang ulama yang terkenal.

Rasulullah SAW telah menjelaskan di dalam hadis di atas bahawa antara halal dan haram, terdapat perkara syubhat. Syubhat merupakan seuatu perkara yang tidak pasti akan hukumnya. Syubhat juga boleh juga ditakrifkan sebagai perasaan was-was akan sesuatu perkara. Walaupun syubhat bukanlah halal atau haram, tidak bermakna perkara syubhat boleh dilakukan sesuka hati. Contohnya;

 

Terdapat sepasang suami isteri. Pada suatu hari telah bertemu seorang perempuan tua yang mengenali mereka berdua sedang pasangan itu tidak mengenalinya. Dengan ketentuan Allah, setelah ditanya oleh perempuan tua itu perihal pasangan suami isteri itu, maka yakinlah perempuan tua itu bahawa dia pernah menyusukan kedua2 suami isteri itu ketika mereka kecil. Kebetulan kedua ibubapa suami isteri itu tidak mengenali antara satu sama lain ketika mereka dikahwinkan. Tidakkah perkahwinan ini tidak sah sekiranya terbukti benar situasi ini. Dan sekiranya benar, bukankah selama mana mereka bersama di kira mereka berzina. Maka di situlah di mana syubhat timbul.

 

Di dalam kes ini terdapat percanggahan pendapat. Menurut Imam Shafie, perkahwinan tidak perlu diputuskan selagi mana saksi dan bukti tidak mencukupi. Tetapi menurut sesetengah ulama, wajib diceraikan mereka berdua. Memang betul kita boleh berpegang kepada pendapat Imam Shafie, tetapi adakah kita pasti bahawa tiada perasaan was-was itu di dalam hati kita. Sekiranya was-was itu menghantui kita maka mengikut Mazhab Shafie, kita hendaklah mengambil langkah yang paling selamat yakni dalam kes ini cerai. Ini perlu semata2 untuk menjaga iman dan Islam.  

 

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menjelaskan lagi

 

 Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram,

 

Dari penyambungan hadis di atas, terang dan jelas syubhat bukanlah perkara yang boleh dimain2kan. Kerana Rasulullah SAW menekankan sesiapa menjauhkan perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya manakala jika sesiapa mengamalkan amalan syubhat, bermakna  kita mengamalkan perkara yang haram. Bukankah itu satu penekanan yang berat. Kita ambil contoh satu lagi yang mudah. Rokok. Sesetengah Ulama mengatakan ia haram manakala yang lain makruh. Jabatan Fatwa Perak sebulat suara mengatakan rokok itu haram di sokong oleh jabatan di Selangor. Walaupun tidak 100% mengatakan ia haram, bukankah perbuatan ini syubhat dan menurut hadis di atas, terjerumus ke dalam perkara yang haram. Walaupun demikian, sekiranya berhenti merokok itu boleh membawa kepada kemudharatan kepada perokok itu, pergilah merokok di tempat yang sunyi jauh dari orang ramai. Ini kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa mengamalkan perkara syubhat itu merosakkan kehomatan diri sendiri. Marilah kita cuba berhenti beramai2. Memang tidak dapat dinafikan untuk berhenti itu sukar. Tetapi ingat Allah ada berfirman di dalam al-Quran surah al-Talaaq ayat 3-4 yang bermaksud;

 

dan sesiapa yang bertaqwa keapda Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

 

 bersambung...

 

20/11/2002

 

seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati

 

sambungan hadis yang kita bincangkan utk kali ini merupakan contoh atau penjelasan kepada kandungan hadis yg sebelumnya. Seperti di dalam Bahasa Melayu, kita ade kata penguat. Itulah perumpamaan bahagian hadis di atas. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang cerdik. Utk memudahkan umatnya memahami apa yg ingin dikatakan, diberinya analogi-analogi seperti di atas. Sebagai contoh kecerdikan Rasulullah kita perhatikan bagaimana baginda berdepan dengan pertanyaan org ramai;

 

Ade seorang sahabat datang berjumpa dgnnya dan bertanya,Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling mulia? Jawab Rasulullah,berjihad di jalan Allah. Kemudian datang pula sahabat yang lain bertanya, Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling mulia? Jawab Rasulullah,Berbuat baik kepada kedua ibubapamu. Datang pula org yang ketiga bertanyakan soalan yang sama kepada baginda dan baginda menjawab,sedekah.

 

Mengapakah Rasulullah memberi jawapan yg berlainan setiap kali org lain datang bertanyakan soalan yg sama kpdnya. Adakah ini menunjukkan Rasulullah merupakan seorang yang tidak teguh pada pendiriannya. Para orientalis mengambil peluang ini mengatakan demikian sedangkan Rasulullah merupakan seorang yg bijaksana. Menurut Ulama muhaddisin, tiada percanggahan di antara jawapan Rasulullah SAW bahkan jawapannya adalah tepat. Ulama menerangkan permasalahan ini. Allah telah mengurniakan kpd Rasulullah SAW ilmu untuk mengenal setiap org yg dtg kepadanya. Oleh yg demikian. Nabi kite Muhammad SAW akan menjawab berdasarkan latar belakang org yg dtg bertanya. Utk org yg pertama bertanya di atas, mungkin beliau sudah tida ibubapa dan juga miskin, maka yg trerbaik baginya adalah jihad. Manakala org yg kedua, mungkin dia masih ade ibubapa dan dia tidaklah kaya. Mungkin juga dia sudah tidak mampu utk berjihad. Oleh yg demikian, menjaga ibubapa lah yg terbaik baginya. Begitulah juga utk org yang ketiga. Betapa bijaknya Rasulullah SAW.

 

Jadi, utk menjelaskan lagi hadis, baginda memberi contoh seorang pengembala yg sedang membawa binatang ternaknya makan. Kita ambil contoh kambing misalnya. Pengembala nih bawa kambing dia ke hujung ladangnya di mana di sebelah ladangnya adelah kepunyaan org lain. Diberinya kambing itu memakan rumput dan lalang di tepi pagar yg membahagikan di antara dua ladang itu. Bolehkah Pengembala itu memastikan kambing nyer tidak memakan rumput ladang kepunyaan org lain itu kerana sekiranya kambing itu telah memakan walau sehelai rumput sekalipon, maka pengembala itu telah berdosa. Ketidakpastian inilah yang dikatakan syubhat. Silap langkah walau sedikit membawa kepada padah yg besar.

 

Muslimin dan muslimat, sambungan hadis yg seterusnya tidaklah perlu kita bincangkan. Kerana pengertiaannya adalah jelas. Sifat manusia ini ditentukan oleh hati. Sekiranya kita tidak menjaga hati kita dr perkara yg merosakkannya yakni dosa, maka jelas org itu telah rosak. Manakala sekiranya dipelihara hati dari perkara yg terlarang  nescaya baiklah orang itu.

 

Dengan ini tamatla perbincangan kita mengenai hadis ini. InsyaAllah kita akan dapat memahami dan seterusnya mengamalkannya. Kita hendaklah menjadi seorang hamba Allah yang mempunyai sifat, kami dengar dan kami taat. Kerana inilah sifat yg dipunyai oleh sahabat2 Rasulullah. Mereka tidak merpersoalkan dgn byk apa yg di suruh oleh Allah melalui rasulNya keran mereka sedar dan percaya dengan hati yg tulus tanpa perasaan dengki dan was2 bahawa Tiada tuhan selain Allah dan Rasulullah SAW itu pesuruh Allah. Wallahu Alam.