Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
BAB SEMBAHYANG DI ATAS HAMPARAN BERBULU.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, harus bersembahyang di atas hamparan berbulu bagaimana dalam Hadith Turmudzi:

 

Sumber Anas B. Maalik berkata: Adalah Nabi s.a.w. bergaul dengan kami sehingga beliau bertanya kepada saudara kami yang kecil: Wahai Abu Umair! Anak burung buat apa?

Anas berkata: Dan dipercik (renjis) air ke atas suatu hamparan kami (agar lembut), maka Nabi s.a.w. bersembahyang di atasnya.

 

Masalah: Hukum menggelar budak kecil dan menangkap burung.

Kata Ibnu Al- Arabiy, berdasarkan Hadith ini boleh menggelarkan budak kecil yang belum cukup umur dengan gelaran yang berpangkat bapa, seperti dikata: Pak Umair,  Pak Bakar dan sebagainya; juga boleh menangkap burung di Kota Madinah (Tanah Haram Madinah) dengan ketiadaan haram pun.

 

 

Masalah: Hukum sembahyang di atas hamparan.

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sesudah hamparan lembut,maka Rasulullah bersembahyang di

atasnya. Dalam bab ini ada lagi Hadith sumber Ibnu Abbaas. Hadith ini bertaraf Hasan lagi Shahiih.

 

Kebanyakan Ilmuwan kalangan Sahabat, generasi Taabi iin; juga Imam Ahmad b. Hanbal dan Ishaq mengharuskan sembahyang di atas hamparan bulu, tikar dan daun tamar.

 

Masalah: Hukum sembahyang di atas hamparan bulu.

Kata Imam Syafii dalam Al-Umm, Nabi s.a.w. pernah sembahyang di atas namirah (kain bulu), maka harus sembahyang di atas hamparan bulu (shuuf: bulu biri-biri ), syar (rambut) dan wabar (bulu unta). AI­Qaadhi Iyaadh mengatakan lebih utama sembahyang terus di atas tanah tanpa hamparan; disebabkan tujuan sembahyang itu ialah untuk tawadhu dan khudhu (tunduk) kepada AlIah, melainkan kerana keperluan agar panas, sejuk atau sebagainya. Kata Imam An-Nawawi, dalam Mazhab Syafii dan Jumhuur Al- Ulamaa adalah harus sembahyang di atas sesuatu yang memisahkan antara bumi dan tempat sujud, sama ada yang berupa (berasal daripada) tumbuhan atau bukan tumbuhan (seperti bulu).

 

Masalah: Hukum sembahyang di atas bahan kulit.

Kata Imam Syafii dalam Al-Umm: Nabi s.a.w. telah bersabda:

 

Mana-mana kulit yang disamak, maka sungguhnya dia suci.

 

Maka tiadalah mengapa bersembahyang di atas kulit bangkai bintang buas seperti harimau, singa, serigala dan sebagainya; ataupun di atas kulit yang bernyawa apabila dia disamak, melainkan kulit anjing dan babi.

 

Masalah: Hukum sembahyang di atas kulit tidak disamak.

Kata Imam Syafii, mana-mana binatang halal yang disembelih, maka kulitnya boleh dijadikan sebagai hamparan, sekalipun belum disamak. Sebaliknya mana-mana hinatang yang tidak halal dimakan, maka kulitnya tidaklah suci jika dia disembelih atau tidak disembelih; kecuali dia disamak.

 

Masalah: Bolehkah makan kulit binatang yang disembelih di mana dagingnya dimakan?

Kata Imam SyafiI, kulit binatang halal yang disembelih, maka dia halal juga dimakan di samping dagingnya, sekalipun belum disamak.

 

Masalah: Sucikah kulit yang dipotong daripada anggota binatang yang hidup?

Kata Imam Syafii: Kulit binatang yang dipotong demikian adalah dikira bangkai; tiadalah suci melainkan dengan disamak.

 

Masalah:Hukum bersembahyang dengan kain bernajis.

Al­Muzani berkata: Imam Syafii berkata: Seseorang yang bersembahyang dalam keadaan bernajis seperti terdapat darah atau nanah yang sedikit (yang tidak berkembang mengalir P); maka tiadalah perlu dia mengulangi sembahyangnya. Jika najis itu banyak; ataupun sedikit air kencing, tahi atau arak dan sebagainya,maka hendaklah dia mengulangi sembahyangnya di dalam atau di luar waktunya.

 

Masalah: Hukum sembahyang memakai kain sutera.

Kata Imam Syafii,  kaum lelaki terlarang memakai sutera; tetapi tidak terlarang bagi wanita; manakala sutera itu bukanlah najis. Jika lelaki telah sembahyang dengan memakai sutera, maka tidaklah perlu diulang sembahyangnya.

 

Masalah: Hukum lelaki memakai emas.

Kata Imam Syafii: Masalah ini sama juga dengan masalah lelaki dan wanita memakai sutera. Emas terlarang bagi lelaki; dan dia bukanlah najis.