Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
BAB SEMBAHYANG DI ATAS TIKAR KECIL.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ya saudaraku, harus sembahyang di atas tikar berdasarkan HadithTurmudzi:

 

Sumber Ibnu Abbaas katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. bersembahyang di atas tikar kecil (yang dianyam daripada daun tamar, di mana sifatnya bersih lagi suci).

Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat lagi sumber daripada Ummu Habiibah, Ibnu Umar, Ummu Salamah, Aisyah, Maimuunah, Ummu Kulthuum Bt. Abi Salamah B.Ab.Asad dan Ummu Salamah. Hadith ini bertaraf Hasan lagi Sahiih. Imaam AI-Bukhaari dan Muslim turut mengeluarkannya dalam kitab Sahiih keduanya.

 

Masalah: Hukum bersembahyang di atas khumrah.

Kata Qastallani, khumrah itu ialah sejadah kecil yang dianyam daripada daun tamar. Kata Abu Isa At-Turmudzi,  Imam Ahmad b. Hanbal dan Ishaq menthabitkan Nabi s.a.w. pernah sembahyang di atas khumrah; di mana sebahagian Ilmuwan menerimanya.

 

Masalah: Apakah hamparan yang lebih utama untuk sembahyang?

Ya saudaraku, para ulama sepakat mengatakan bersujud di atas tanah adalah lebih utama; sebab dia membawa unsur merendah diri dan menambahkan tawadhu di hadapan Allah Taala. Khalifah Umar B. Ab. Aziiz pernah bersujud sembahyang di atas tanah yang diletakkan di atas tikar sembahyang beliau, sebab tawadhu dan khusyunya. Hadith tadi menunjukkan harus sembahyang di atas sebarangan hamparan yang dapat dibentangkan (asalkan suci dan tidak mengandungi tanda palang salib atau sesuatu yang mengganggu kekhusyukan P).