KEUNGGULAN ISLAM
BAB KELEBIHAN DUDUK DALAM MASJID KERANA MENANTI SEMBAHYANG.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, duduk menanti sembahyang ini akan memperoleh pahala sembahyang dan doa daripada para Malaikat; perhatikan Hadith Turmudzi:

 

Sumber Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sentiasalah seseorang kamu (dikira) berada dalam sembahyang selama dia menunggu-nunggukan sembahyang; dan sentiasalah para Malaikat menyelawatkan ke atas seseorang kamu selama dia berada dalam masjid (dengan selawat yang bermaksud): Allaahumma irham: Wahai Allah, ampunilah dia! Wahai Allah, rahmatilah dia! Selama dia tidak berhadath.

Tiba-tiba seorang lelaki dan Hadharamaut bertanya: Apakah maksud hadath itu, wahai Abu Hurairah? Jawabnya: Ialah kentut halus atau kentut kasar.

 

Masalah: Kedudukan duduk kerana menanti sembahyang dalam masjid:

Kata Ibnu Al-Arabiy : Allah memberikan pahala bersembahyang bagi seseorang yang berada dalam masjid kerana menunggu sembahyang (yang berikutnya) dan dia akan memperoleh keampunan Allah daripada doa para Malaikat bagaimana yang tersebut dalam Hadith di atas.

 

Masalah: Adakah doa Malaikat itu berterusan selama dia masih berada dalam masjid itu?

Kata Qastallaani, maksud berterusan berada di dalam masjid itu - yang lebih dzahirnya ialah seseorang berterusan berada di tempat itu atau di bahagian yang di dudukinya itu; tidak di bahagian lain dalam masjid yang sama (bila dia berpindah).

 

Masalah: Hukum berkentut dalam masjid:

Imam Malik mengirakan tiada harus berkentut dengan sengaja dalam masjid; sebab dia menyakiti (mengganggu) para Malaikat di dalamnya, di mana sifat para Malaikat adalah tidak ingin kepada sebarang bau busuk (seperti rokok, bau bawang, bau petai, bau durian dsb.); juga percakapan yang kotor. Akan tetapi sebahagian Ilmuwan mengatakan harus berkentut dengan sengaja; sebab tiada larangan yang terang mengenainya; cuma dia menghalangi dan memperoleh doa para Malaikat.

 

Masalah: Makna Hadath:

Kata Abu Isa At-Turmudzi, menurut Hadith tadi ialah kentut, sama ada berbunyi (kentut bisu) atau tidak berbunyi. (Akan tetapi menurut pengertian umum ialah sesuatu kekotoran yang menghalangi sahnya sembahyang; atau salah satu pembatal wudhu P).

Hadith mi bertaraf Hasan Iagi Shahiih. A1-Bukhaari dan Muslim turut mengeluarkannya dalam Shahiih keduanya.