Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
BAB MANAKAH MASJID YANG LEBIH UTAMA?

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, kelebihan bumi (tapak) bagi masjid-masjid itu adalah sama sahaja antara satu sama lain melainkan masjid-masjid yang disebutkan dalam Hadith Turmudzi:

 

Sumber Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang di masjidku ini lebih baik daripada seribu sembahyang di masjid-masjid lain, kecuali Masjid A1-Haraam (dengan 100,000 pahala P).

Kata Abu Isa At-Turmudzi, Hadith ini bertaraf Hasan Iagi Shahiih. Sungguhnya sumber Abu Hurairah ini banyak mempunyai salurannya yang diterima daripada Nabi s.a.w. Dalam bab ini terdapat lagi sumber daripada Ali B.Abu Taalib, Maimuunah, Abi Saiid, Abi Jubair B. Mutim, Ibnu Umar, Ibnu Az-Zubair dan Abi Dzarr. Al-Imaam Al-Bukhaari dan Muslim masing-masing mengeluarkannya dalam keduš Kitab Shahiihnya.

 

Masalah: Manakah masjid yang lebih utama: Masjid Makkah atau Masjid Madinah?

Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, Jumhuur Al-Ulamaa (Kebanyakan Para Ulamaa) dan Mazhab Syafii berpendapat Masjid Al-Haraam lebih utama daripada Masjid Nabi. Manakala Imam Maliki mengatakan Masjid Nabi lebih lagi utama. Demikian juga pendapat suatu kumpulan ulamaa.

 

Masalah: Dalil Masjid Al-Haraam lebih utama daripada Masjid Nabi.

Ya saudaraku, dalilnya yang lebih kuat ialah Hadith sumber Abdullah B. Az-Zubair yang disampaikan kepada Ataa di mana dia dikeluarkan oleh Imaam Ahmad dan dishahiihkan oleh Ibnu Hibbaan, katanya Nabi s.a.w. pernah bersabda:

 

Dan bersembahyang satu sembahyang di dalam Masjid Al-Haraam adalah lebih utama daripada seratus sembahyang dalam masjid (saya) ini (Masjid Nabi).

 

Juga berdasarkan sebuah Hadith:

 

Sembahyang di Masjid Al-Haraam itu akan memperoleh pahala seratus ribu sembahyang (di masjid lain); manakala bersembahyang di masjidku ini akan memperoleh pahala seribu sembahyang; dan sembahyang di Bait Al-Maqdis akan memperoleh pahala lima ratus sembahyang.

[Ruju Qaslallaani]

 

Masalah: Bumi manakah yang lebih utama?

Al-Qaadhi Iyaadh berkata: Telah  di ijma (sependapat ramai) bahawa tanah perkuburan Nabi s.a.w. di Madinah adalah seutama-utama bumi; dan sungguhnya Tanah Suci Makkah dan Madinah adalah juga seutama-utama permukaan bumi. Manakala Ibnu Uqail Al-Hanbali menegaskan tanah perkuburan Nabi itu lebih utama daripada Arasy. Imam Syafii mengatakan Tanah Makkah lebih utama daripada segala bumi; manakala Imam Malik mengatakan Tanah Madinah yang lebih utama.

 

Masalah: Dalil bumi Makkah lebih utama.

Ya saudaraku, kata Imam Nawawi, Mazhab Syafii mengatakan pendapat ini berdasarkan Hadith sumber Abdullah  B. Adiy B.Al-Hamraa ra. bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda semasa beliau berdiri di atas kenderaan beliau di Makkah:

 

Demi Allah, sungguhnya engkau (wahai bumi Makkah) adalah sebaik-baik bumi Allah kepada Allah; seandainya bukan aku dikeluarkan daripada perut engkau ini, nescaya tiadalah aku keluar.

[H.R.At-Turmudzi (Hasan lagi Shahiih ) dan An­Nasaa iy]

 

Juga berdasarkan Hadith sumber Abdullah B. Az­Zubair ra  bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

 

Pahala sembahyang dalam masjidku ini (di Madinah) adalah lebih utama daripada seribu sembahyang di masjid-masjid lain selain Masjid Al-Haraam; manakala pahala sembahyang di Masjid Al-Haraam adalah pula lebih utama daripada seratus sembahyang di masjidku.

[H.R.Ahmad dan Al-Baihaqi: Hasan]

 

Masalah: Sembahyang apakah yang dikatakan lebih utama bersembahyang di Masjid Al-Haraam?

Kata Imam Nawawi, dalam Mazhab Syafii sembahyang itu umum: meliputi yang Fardhu atau Sunat. Demikian juga dalam Mazhab Maliki.

 

Masalah: Maksud sembahyang di Masjid Nabi lebih utama daripada seribu sembahyang di masjid-masjid lain:

Kata Imam Nawawi, para ulamaa menjelaskan bahawa dia dimaksudkan dengan pahala atau ganjaran bersembahyang padanya melebihi seribu pahala sembahyang di tempat-tempat lain (1 x 1000).

 

Masalah: Bolehkah pahala bersembahyang di Masjid Nabi melepaskan sembahyang Qadhaa yang terluput?

Kata Qastallaani 1ttifaaq (Sepakat) para ulamaa bahawa sekalipun pahala bersembahyang di Masjid Nabi itu besar, maka dia tidaklah boleh melepaskan qaadhaa sembahyang yang terluput. Sembahyang itu suatu kewajipan yang perlu ditunai atau dibayar; sedangkan hutang Allah adalah amat wajar dan berhak dibayar (dalam kadar segera sebelum tiba ajal P).

 

Masalah: Adakah bahagian tambahan di Masjid Nabi s.a.w. termasuk Masjid yang utama?

Abdullah B. Umar ra  mengatakan dia termasuk juga ke dalam Masjid Nabi s.a.w. sekalipun dia diperluaskan seluas-luasnya (seperti yang ada di hari ini. Akan tetapi sebahagian Ilmuwan menganggap tidak termasuk ke dalam Masjid Nabi. (Gunakanlah konsep bahawa rahmat Allah itu adalah Maha Luas; dan dia berkembang selari dengan perkembangan masa P).

 

Masalah: Bolehkah keutamaan scmbahyang pada bahagian tambahan Masjid Nabi?

Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim: Keutamaan atau fadhilah sembahyang yang berganda lebih daripada masjid-masjid lain itu cuma diperoleh dalam bahagian masjid yang ada di Zaman Hayat Nabi s.a.w.; kerana itu berhati-hatilah (rebutlah peluangnya).

 

(Masalah yang sama juga mengenai Masjid Al-Haraam kini yang telah diperluaskan,di mana terdapat banyak pendapat: ada yang mengiranya termasuk dalam Masjid Al-Haraam (serta pahalanya) dan ada pula yang mengiranya tidak termasuk; sedang rahmat Allah itu Maha Luas sebaik-baiknya kita serahkan kepada Allah serta memohon pergandaan pahala daripadaNya P).

 

Masalah: Manakah masjid yang utama sembahyang: masjid yang dekat atau jauh?

Ya saudaraku, masjid-masjid selain tiga buah masjid yang telah diterangkan keutamaannya itu, adalah bersamaan antara satu lain, sama ada besar atau kecilnya; kecuali jika imaamnya baik (shaalih) dan wara (amat bertaqwa kepada Allah). Seseorang perlu memakmurkan masjid yang lebih dekat kepadanya sekalipun dia memperoleh banyak pahala kerana banyak langkahannya bila masjid itu terletak jauh dan rumahnya. (Dalam suatu peristiwa, Nabi s.a.w. tidak membenarkan seorang Sahabat berpindah ke tempat yang dekat dengan masjid, bila dia mampu untuk pergi ke masjid dan tempat yang agak jauh; dan tiada pula masjid yang terdekat baginya-P).

 

Masalah: Kunjungilah Masjid AI-Haraam.

Ya saudaraku, syara menggalakkan mengunjungi Masjid Al-Haraam kerana bersembahyang atau kerana menuntut ilmu dan sebagainya berdasarkan Hadith Turmudzi:

 

Sumber Abu Saiid Al-Khudriy berkata, sabda Nabi: Tiadalah diikat kenderaan (dibuat perjalanan jauh) kecuali kerana mengunjungi tiga buah masjid, iaitu perjalanan ke Masjid Al-Haraam, ke masjidku ini (di Madinah,) dan ke Masjid Al-Aqsha (di Jerusalem).

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Hadith ini bertaraf Hasan lagi Ghariib. Imaam Al­Bukhaari dan Muslim turut mengeluarkannya dalam Shahiih keduanya.

 

 

Masalah: Mengapa disuruh mengunjungi masjid yang tiga?

Ya saudaraku, Syara menyuruh mengunjungi tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Haraam, Masjid Nabi s.a.w. dan Masjid Al-Aqsha,di mana buminya mulia (Tanah Suci) dan mempunyai kelebihan tertentu:

 

(1)        Masjid Al-Haraanz: di dalamnya terdapat Kabah atau Baitullaah : rumah lambang Kebesaran Allah di mana asasnya telah dibinakan oleh para Malaikat sebelum Adam, Adam dan Nabi Ibrahim serta anaknya; terdapat juga Maqaam Ibrahim dan telaga Zamzam dan lain-lain kesan peribadatan para Nabi dan orang-orang Shaalih.

 

(2)        Masjid An-Nabawiy: masjid yang dibinakan Nabi s.a.w. serta para Sahabat sebagai pusat penyibaran wahyu (ilmu), pusat penyibaran Islam dan pusat pentadbiran Negara Islam Pertama; terdapat Raudhah, minbar serta beberapa kesan kehidupan Nabi dan para Sahabat;dan di tepinya terdapat kubur Nabi s.a.w. serta Abu Bakr Ash-Shiddiiq dan Umar B .Al-Khattaab.

 

(3)        Masjid Al-Aqsha. masjid di mana padanya terdapat Bait Al-Maqdis yang pernah menjadi kiblat bersama penganut Agama Samaawi dengan penganut Islam di awal permulaan Islam; dan di sekitarnya terdapat beberapa kesan sejarah para Nabi. Dia bukanlah Masjid Qubbah Ash-Shaghrah yang terkenal (dibina oleh Khalifah Abd Malik B.Marwan) dengan nama The Dome Of The Rock. Masjid inilah merupakan salah satu tempat persinggahan Nabi s.a.w. dan pertemuan beliau dengan para Nabi serta sembahyang jemaah antara para Nabi semasa dalam perjalanan Israa dan Mi raaj.

 

Adalah digalakkan mengunjungi dahulu Masjid Al-­Haraam; kemudian baru ke Masjid An-Nabawiy dan seterusnya ke Masjid Al-Aqsha; dan tidaklah digalakkan keluar bermusafir kerana semata-mata menziarahi perkuburan para Nabi. Sungguhnya dengan mengunjungi dan beribadat di masjid-masjid ini, seseorang akan memperoleh pahala lumayan di samping dapat memperbaharu iman dan menambahkan ilmu dan pengalaman. Tidaklah wajar seseorang Islam mendahulukan kunjungan ke tempat-tempat terkenal dan bersejarah di luar Dunia Islam dengan mengenepikan Tiga Masjid Suci di atas.

 

Masalah: Hukum bernadzar mengunjungi Masjid AI-Haraam atau Masjid An-Nabawiy:

Kata Qastallaani. Lazimlah bagi seseorang yang bernadzar demikian memperkotakan nadzarnya. Demikianlah pegangan Imam Maliki, Imam Syafii, Imam Ahmad b. Hanbal dan Abu Ishaq A/-Maruuzi. Imam Syafii mewajib menunaikannya bila bernadzar untuk mengunjungi Masjid Al-Haraam; sebab ada hubungannya dengan kefardhuan haji; berbeza dengan dua lagi masjid. Manakala Imam Abu Hanifah tidak mewajib menunaikannya.

 

Masalah: Hukum bernadzar mengunjungi selain tiga Masjid Suci:

Kata Imam Nawawi: Tiada perselisihan ulamaa tentang tidak lazim atau tidak dituntut rnengunjungi selain tiga Masjid Suci, bila bernadzar untuk pergi bersembahyang atau sebagainya sebab tiada suruhan dalam Syara dan tiada pula kelebihan bagi masjid-masjid selainnya; memadailah bersembahyang di masjid-masjid lain (dalam negeri).

 

Masalah: Hukum mengunjungi kubur orang-orang shaalih dan ke tempat-tempat mulia.

Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim: Para ulamaa berselisih pendapat mengenainya: Al-Juwaini dan Al-Qaadhi Iyaadh mengharamkan. Pegangan Mazhab Syafii mengambil pendapat Imaam A1-Haramain dan para pentahqiq yang mengatakan harus (akan tetapi janganlah pula melakukan bidah padanya seperti bersembahyang dan bertawaf di tempat-tempat ini serta berdoa memohon pada ahli kubur , seperti apa yang berlaku di Kubur Kepala Sayyidina Husain di Masjid Al-Husain di Mesir dan lain-lain tempat P).