Make your own free website on Tripod.com
KEUNGGULAN ISLAM
BAB KELEBIHAN SEMBAHYANG DALAM MASJID QUBAA

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, terdapat beberapa sumber Hadith mengenai tajuk ini,antaranya Hadith Turmudzi:

 

Sumber Usaid B. Dzuhair Al-Anshaariy ra. seorang sahabat Nabi s.a.w. memberitakan daripada Nabi s.a.w. di mana beliau bersabda:

 

(Pahala) sembahyang di masjid Qubaa adalah seperti (pahala) satu umrah.

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Hadith ini bertaraf Hasan lagi Ghariib.

 

Di samping itu menurut Riwayat An-Nasaaiy: Siapa keluar hingga dia sampai ke Masjid Qubaa, maka dia bersembahyang di dalamnya, nescaya dia memperoleh pahala setimbangan umrah.

 

Manakala sumber Saad B.Abi Waqqaash ra . berkata: Bahawa saya bersembahyang dua rakaat di Masjid Qubaa adalah lebih saya sukai dan mengunjungi dua kali Bait Al-­Maqdis. Seandainya orang ramai mengetahui kelebihan sembahyang di Masjid Qubaa, pastilah mereka datang sekalipun dengan menonggang unta.