KEUNGGULAN ISLAM
BAB BERJALAN KAKI KE MASJID.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, Syarak menyuruh seseorang yang hendak pergi ke masjid agar berjalan kaki secara perlahan, khusyu dan khudhu (merendah din) bagaimana Hadith Turmudzi.

 

Sumber Abu Hurairah berkata: Rasulullah s .a.w. bersabda: Apabila diqamatkan sembahyang, maka janganlah kamu datang dengan berlari-lari; akan tetapi datangilah dengan berjalan kaki dan hendaklah kamu dalam keadaan tenang; maka sembahyanglah dengan rakaat yang kamu sempat,dan sempurnakanlah rakaat yang kamu terluput.

Kata Abu Isa At-Turmudzi, dalam bab ini terdapat Hadith-hadith lain sumber Abu Qataadah, Ubay, Abu Saiid, Zaid B. Thaabit, Jaabir B. Abdullah dan Anas B.Maalik. Al-Bukhaari dan Muslim turut mengeluarkan Hadith mi dalam kitab Shahiihnya masing-masing.

 

Masalah: Hukum bergopoh-gapah pergi sembahyang ke masjid.

Kata Abu Isa At-Turmudzi: Imam Ahmad b. Hanbal dan Ishaq mengambil sikap pergi ke masjid dengan sopan-santun, tanpa gopoh-gapah sekalipun luput takbir pertama. Manakala sebahagian Ilmuwan lagi mengambil sikap boleh berlari-lari apabila takutkan luput takbir pertama.

 

Masalah: Hikmat dilarang bergopoh-gapah pergi sembahyang ke masjid.

Para ulamaa berkata: Seseorang yang hendak pergi bersembahyang itu dia memang mempunyai niat untuk bersembahyang mengadap Allah. Untuk tujuan itu dia perlu berjalan dalam keadaan beradab sopan yang cukup; jika tidak, dia akan dimurkakan Tuhan dan mendedahkan dirinya kepada seksaan (bila dia berlaku kasar).

 

Masalah: Hukum bergopoh-gapah kerana mengejar rakaat:

Kata Imam Nawawi: Hadith tadi adalah menjadi dalil yang jelas tentang larangan bergopoh-gapah dalam perjalanan ke masjid sekalipun akan terluput banyak rakaat (malah terdapat Hadith yang menyatakan siapa terlewat pergi ke masjid di mana sewaktu kesampaiannya didapati orang ramai sudah pun selesai sembahyang, maka orang itu masih dikira memperoleh pahala jemaah tanpa terkurang sedikit pun P).