KEUNGGULAN ISLAM
BAB MASJID YANG DIASASKAN DI ATAS TAQWA.

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahilah kiranya saudaraku, masjid yang dibinakan di atas taqwa iaitu berdasarkan takut kepada Allah dan menuntut keridhaanNya, sebagaimana yang disebutkan dalam Shahih Al-Bukhaari ialah Masjid Qubaa, tetapi bercanggah pula dengan Hadith At-TurmudziT bermaksud:

 

Sumber Abu Saiid Al-Khudriy r.a. katanya: Seorang lelaki kalangan Bani Khudrah dan seorang lelaki kalangan Bani Amr B. Auf telah meragui atau bertengkar mengenai (manakah) masjid yang dibinakan di atas dasar taqwa. Maka berkatalah Al-Khudriy ialah masjid Rasulullah s.a.w. (di Kota Madinah). Manakala Sahabat yang lain berkata: ialah Masjid Qubaa. Maka keduanya datang menemui Rasulullah s.a.w. bagi tujuan tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Ialah (masjid) ini (iaitu masjid beliau), dan pada yang demikian terdapat banyak kebajikan.

              

Ini ialah apa yang berhubung dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

 

Sungguhnya masjid yang dibinakan di atas dasar taqwa, sejak hari pertama (kamu berada di Madinah) adalah lebih wajar kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang suka membersihkan diri, sedang Allah rnenyukai orang-orang          yang bersih. [At-Taubah: 108]

 

Masalah: Masjid siapakah dibakar Nabi s.a.w.?

Menurut Ibnu Al-Arabiy, terdapat sebuah masjid yang dibina untuk menghancurkan orang-orang Islam telah dibakar Nabi s.a.w. Kisahnya secara ringkas, ialah beberapa orang yang membangsakan diri mereka Bani Auf telah mendirikan sebuah masjid dengan niat yang buruk. Di samping itu ada pendapat bahawa dia dibangunkan oleh seorang pendita Nasrani bernama Abu Aamir di mana dia pernah berkata kepada Nabi s.a.w.:

 

Wahai Muhammad,nantilah engkau, aku akan tetap menyertai mana-mana sahaja peperangan yang memerangi engkau.

Maka kata-kata ini diperkotakannya, di mana dia tetap menyertai mana-mana peperangan yang menentang Nabi s.a.w. sehinggalah menjelang Peperangan Hunain.

 

Di kala puak Hawaazin yang mempunyai kekuatan yang besar telah tewas dalam memerangi Nabi s.a.w. di Padang Hunain, maka Abu Aamir telah lemah semangat dan putus harapan untuk memerangi Nabi s.a.w. Dia lari ke Syaam dan kemudian      mengutus perwakilan kepada orang-orang Munaafiq di Kota Madinah agar mereka menyediakan kekuatan dan senjata yang cukup, dan dimintanya mereka mendirikan sebuah masjid dengan pesanan:

 

Sekarang aku berada di samping Raja Rom, maka aku akan datang ke Madinah (menyerang) bersama tentera Rom.

        

Kebetulan semasa ini Nabi s.a.w. sibuk dengan urusan persiapan hendak keluar ke Tabuuk, arah ke sempadan Syaam, dengan sekalian Sahabat dan tentera Islam . Ini memberi kesempatan bagi orang-orang Munaafiq membangunkan sebuah masjid berdekatan dengan masjid Qubaa. Dia (kemudiannya terkenal dengan nama Masjid Dhiraar(Bahaya). Sebaik-baik sahaja masjid ini siap, maka kaum Munaafiq inipun segera pergi menemui Nabi s .a.w., perwakilannya berkata:

 

Kami telah membina sebuah masjid untuk orang-orang yang sakit, orang-orang yang lemah dan sebab kesukaran malam Maka kami menjemput tuan datang untuk bersembahyang bersama kami dan mendoakan keberkatan bagi kami. Maka Nabi s.a.w. menjawab, Sungguhnya saya sedang hendak keluar ke medan perang. Bila kami kembali nanti, insyaa Allah, kami akan pergi bersembahyang di sana.

 

Lantas Nabi pun berangkat ke Tabuuk. Kemudian kembali lalu singgah di Dzi Awaan; tidak jauh dari Kota Madinah.

 

Apabila orang-orang Munaafiq mengetahui kedatangan Nabi s.a.w., maka mereka segera pergi menemui beliau dan menjemputkan Nabi ke masjid mereka serta meminta baju Nabi untuk dipakai. Tiba-tiba turunlah Ayat:

        

Janganlah engkau (wahai Muhammad) berdiri sembahyang di dalamnya sekali-kali; sungguhnya masjid [At-Taubah :108]

 

Dengan perintah ini serta ternyata niat buruk orang-orang Munaafiq yang hendak memecahkan perpaduan orang Islam, maka Nabi s.a.w. segera memerintahkan beberapa orang pahlawan muda pergi meruntuh dan membakar hangus masjid tersebut. Kemudian         menyuruh mereka menjadikan runtuhan itu tempat buangan  sampah, bangkai dan segala yang busuk-busuk.

        

Masalah: Masjid Madinahkah dibangunkan di atas dasar taqwa?

Ketahuilah kiranya saudaraku, sesudah dua orang bertengkar mengenai masjid yang manakah yang dibina di atas dasar taqwa, maka Nabi s.a.w. menyatakan bahawa yang dimaksudkan masjid itu ialah masjid beliau (Al-Masjid An-Nabawiy) di Kota Madinah. Kata Abu Isa At-Turmudzi: Hadith ini bertaraf Hasan lagi Shahiih (satu salurannya Hasan; dan satu lagi salurannya Shahiih).

        

Masalah: Tidakkah masjid Qubaa dibina di atas dasar taqwa?

Para ulamaa menjelaskan bahawa jawapan Nabi yang mengatakan masjid beliau yang dibina di atas dasar taqwa itu tidaklah bercanggah dengan kenyataan yang menentukan             masjid Qubaa. Ini disebabkan jawapan Nabi s.a.w. itu bukanlah menafikan bahawa masjid Qubaa itu dibina di atas dasar taqwa juga, sekadarkan Masjid Nabi di Madinah adalah lebih utama, disebabkan masjid Qubaa mi merupakan masjid yang mula-mula dibangunkan Nabi sesampainya beliau ke pinggir Kota Yathrib (Madinah), di kalangan penduduk Bani Auf di mana beliau berhenti di sana selama empat hari atau            lebih, di mana beliau bersembahyang Jumuat di dalamnya. Kemudian baru beliau berangkat masuk ke Kota Madinah dan mendirikan Masjid Nabi.

 

Masalah: Di mana letak masjid Qubaa?

Kata Qastallaani, Masjid Qubaa terletak kira-kira 2-3 batu (4 kilometer) dari Kota Madinah. Dia juga dikenali dengan Masjid Banu Amr B. Auf; di bahagian tengah masjid ini ialah tempat terum unta Nabi dan di bahagian tengah arah kiblat sebagai tempat mihrab ialah tempat awal Nabi s.a.w. ruku. Manakala masjid ini dianggap oleh kalangan Salaf terutama Ibnu Abbaas r.a. sebagai masjid yang diasaskan di atas dasar taqwa.