KEUNGGULAN ISLAM
BAB TIDUR DALAM MASJID

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Ketahuilah kiranya saudaraku, dalam Mazhab SyafiI harus tidur dalam masjid di mana Imam As-SyafiI dalam Al-Umm mendasarkan kepada hadith Turmudzi:

 

Sumber Abdullah bin Umar b. Al-Khattab ra berkata: Adalah kami tidur di dalam masjid di zaman hayat Nabi SAW, sedang kami orang muda-muda(belum berkahwin).

Kata Abu Isa At-Turmudzi, hadith ini bertaraf hasan lagi shahih.

 

Masalah: Hukum tidur dalam masjid.

Kata Abu Isa At-Turmudzi, sebahagian ilmuwan mengharuskan tidur dalam masjid manakala sebahagian lagi sebaliknya kerana mengikutkan Ibnu Abbas ra yang melarang tidur dalam masjid, baik di kala siang, mahupun di kala malam.