KEUNGGULAN ISLAM
APAKAH BENAR MEMAKAI CINCIN KAHWIN ITU BID'AH DAN HARAM?

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Cincin pertunangan atau cincin perkahwinan mempunyai sejarah beribu tahun lamanya. Ada orang yg mengatakan ia berasal dari Firaun, dimana beliau yg mula-mula sekali mencipta sebelum orang-orang Greek mempunyai idea mengenainya. Ada yg mengatakan ia merupakan budaya lama yg masih dipegang orang masyarakat. Dengan ini mereka merujuk kepada ikatan bersama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan dengan menggunakan rantai dan membawa pasangan tersebut menunggang kuda, sementara membawa pasangan pengantin ini ke rumah pengantin, yg mungkin jaraknya diantara dua belah rumah.

 
Kemudiannya, ia menjadi lebih popular dengan memakai cincin, daripada menggunakan rantai mengikat kedua-dua mempelai. Memakai cincin perkahwinan di jari sebelah kiri juga berhubung kait dengan budaya lama Greek (Yunan) yg mempercayai bahawa perjalanan darah kepada pembuluh disempurnakan melalui kawasan ini. Ia menjadi lebih nyata kemudiannya dimana orang British juga gemar memakai cincin perkahwinan; malah, mereka mengaitkan perbuatan ini sebagai amalan Kristian tulin. Orang Islam mengambil idea memakai cincin perkahwinan tanpa apa-apa sebab, dan ada yg menganggap membukanya adalah alamat/tanda yg tidak baik (bad omen). Semua ini tidak dibenarkan didalam Islam. Yang mustahak ialah untuk mengetahui hukum memakainya. Memakai cincin tunang atau cincin perkahwinan tidak dianggap salah dari segi perspektif Islam, sebagaimana tidak ada nas yg menentukan ini. Ia juga tidak di anggap meniru-niru perbuatan kaum kafir.

 
Kita tahu bahawa mana-mana kes seperti meniru-niru itu adalah dilarang, khususnya sesuatu yg bertentangan dengan pengajaran Islam. Jika cincin itu perak, tidaklah ada masalah bagi kaum lelaki atau perempuan memakainya. Tetapi jika ianya dibuat dari emas, wanita boleh memakainya, sementara lelaki dilarang memakainya. Dari At-Tirmizi melalui riwayat hasan mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Diharamkan kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan kepada kaum wanita". Menurut hadis yg diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah saw melarang kaum lelaki memakai cincin emas. Juga diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah saw melihat seorang lelaki memakai cincin emas, beliau cepat-cepat mengambilnya dari lelaki tersebut dari tangannya dan membuangkannya. Beliau bersabda : "Memakainya (cincin emas) adalah seperti menyaluti tangan sesorang dengan api neraka". Maklumat yg lebih lanjut boleh didapati dari buku kami yg berjudul :- Mawsoo`ah Al-Usrah Tahta Ri`ayat Al-Islam, Jilid 1. (Ensaiklopedia keluarga dibawah jagaan Islam). Allah yg lebnih mengetahui segalanya.
 

 
Sheikh 'Atiyyah Al-Saqr, Fatwa dari Bekas Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar

LAIN-LAIN