KEUNGGULAN ISLAM
HUKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PERAYAAN BUKAN ISLAM - Ibnu 'Uthaimeen & Saleh Al-Munajjid

Home

AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Segala pujian bagi Allah.

Ucapan tahniah kepada orang kafir kerana Krimas atau perayaan agama mereka yang lain adalah Haram yang persetujui, sebagaimana kata Ibnu Al-Qayyim didalam Ahkaam Al-Dhimmah : "Mengucap tahniah kepada orang kafir keatas sy'air / perayaan yang hanya ada pada mereka merupakan haram yang dipersetujui, misalnya mengucapkan tahniah diatas perayaan dan puasa mereka dengan upapan 'Eid mubarak keatas kamu' atau 'Semoga anda bergembira dihari perayaan', dan seterusnya. Jika orang yang berkata seperti ini pernah diselamatkan oleh kafir hukumnya masih haram mengucapkannya. Ia adalah seperti mengucapkan taniah kepada seseorang yang sujud kepada Salib, bahkan ia lebih teruk dari itu. Ia merupakan satu dosa yang besar seperti mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang meminum arak, atau membunuh seseorang, atau mengadakan hubungan seks haram, dan sebagainya. Ramai mereka yang tidak menghormati agamanya akan jatuh kedalam kesalahan ini, dan mereka tidak sedar akan kesalahan perbuatan mereka. Barangsiapa mengucapkan tahniah kerana kemaksiatannya, atau bid'ah atau kufur, maka ia telah mendedahkan dirinya kepada kemarahan Allah".

Mengucapkan tahniah kepada orang kafir keatas perayaan mereka adalah haram sehinggakan di jelaskan oleh Ibnu Qayyim dimana ia menunjukkan seolah-olah seseorang itu menerima pakai / meluluskan syi'ar / perayaan orang kafir, walaupun seseorang itu tidak redha perkara tersebut didalam dirinya. Tetapi seorang Islam tidak boleh menerima syi'ar / perayaan orang kafir atau mengucapkan tahniah kepada sesiapa untuk mereka, kerana Allah tidak redha dengan semuanya iu, firmannya :

"Jika kamu kufur maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu, dia tidak meredha kekafiran bagi hambnya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dis meredhai bagimu kesyukuranmu itu...." [Al-Zumar:7]

"... Pada hari ini telah Ku sempurnakan untukMu agamamu, dan telah ku cukupkan kepadamu nikmatku, dan telah aku keredhai Islam itu menjadi agama bagimu..." [Al-Maa'idah:3].

Maka tahniah kepada mereka adalah Haram, samada mereka itu rakan ditempat kerja ataupun tidak.

Jika mereka mengucapkan tahniah kepada kita diatas sambutan perayaan mereka, maka kita tidak perlu jawab, kerana ianya bukan perayaan kita, dan kerana ia bukan perayaan yang diredhai oleh Allah. Kerana sesungguhnya perayaan-perayaan ini adalah bid'ah didalam agama mereka, dan walaupun ada menjelaskan dahulu bahawa ia diambil dari agama Islam, dimana Allah menghantar Muhammad saw keatas seluruh Makhluk, Allah berfirman :

"Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" [Ali 'Imran:85].

Adalah haram bagi seseorang Islam itu menerima jemputan-jemputan dari perayaan seumpama itu, kerana ia lebih dasyat / teruk dari mengucapkan tahniah kepada mereka kerana ia menunjukkan kita mengambil bahagian didalam perayaan mereka.

Begitu juga seorang Islam diharam meniru (imitate) cara-cara orang kafir seperti mengadakan parti dihari tersebut, atau bertukar-tukar hadiah, atau memberi makan atau manisan, atau mengambil cuti dari kerja dan sebagainya, kerana Nabi saw bersabda : "Barangsiapa meniru-niru sesuatu kaum, maka ia dalah dari mereka". Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata didalam bukunya Iqtidaa' al-siraat al-mustaqeem mukhaalifat ashaab al-jaheem : "Meniru-niru mereka didalam beberapa perayaan menunjukkan bahawa seseorang itu senang dengan kepercayaan yang palsu dan amalannya, dan ia memberikan mereka harapan bahawa ia mungkin ada peluang untuk menjatuhkan maruah dan menyesatkan yang lemah."

Barangsiapa yang melakukan perkara yang serupa ini adalah merupakan orang yang berdosa, samada ia melakukannya kerana ingin menunjukkan kesopanan atau semangat persahabatan, atau kerana ia terlalu malu untuk menolaknya, atau atas apa-apa sebab sekali pun, kerana ini adalah sifat hiprokrasi didalam Islam, dan kerana ini dapat menjadikan pihak kafir berbangga dengan agama mereka. kepada Allah sahajalah yang kita pinta menjadikan orang slam berbangga denga agama mereka, menolong mereka mematuhinya, dan mejadikan kemenangan terhadap musuh-musuh mereka, dia Amat Kuat dan Perkara.

Dari Majmu'ah Fatawa wa Rasaa'il al-Shiekh Ibnu 'Uthaimeen, 3/369.

LAIN-LAIN